Saturday, March 6, 2021

SEJARAH KOMPILASI DAN PRESERVASI AL-QURAN

 KOMPILASI DAN PRESERVASI AL-QURAN

Allah menurunkan al-Quran ke Luh Mahfuz seperti firmanNya di dalam surah al-Buruj ayat 21-22. Dari Luh Mahfuz ianya diturunkan ke Baitul Izzah di langit dunia seperti firmannya di dalam surah ad-Dukhan ayat 3. Daripada langit dunia quran diturunkan melalui Jibril kepada Nabi Muhammad saw bermula pada tanggal 17 Ramadan di mana ianya diturunkan berperingkat-peringkat.

Nabi menerima wahyu daripada Allah melalui Jibril. Nabi menghafal wahyu tersebut dan menyampaikannya kepada sahabat/companion. Baginda menerima wahyu selama lebih kurang 20 tahun, 10 tahun di Mekah dan 10 tahun di Madinah. Jibril memberikan ayat al Quran di dalam 7 versi sebutan ataupun 7 ahruf (berdasarkan hadith). Ketika nabi hidup, belum ada Quran di dalam bentuk buku berjilid sebaliknya dikumpulkan melalui tulisan di atas daun kurma, kulit pokok, batu, tulang dan kulit. Quran juga dihafal. Perkara ini berlaku hinggalah Nabi wafat.

Terdapat 3 peringkat kompilasi al-Quran iaitu:

PERINGKAT 1 : Bagaimana Quran dikumpulkan ketika hayat Nabi Muhamad

PERINGKAT 2 : Kompilasi oleh Abu Bakar

PERINGKAT 3: Kompilasi oleh Othman

Sebahagian ilmuan berpendapat terdapat lebih daripada 3 peringkat kompilasi kerana selepas kompilasi oleh Saidina Othman, berlaku beberapa lagi proses transmisi Quran dan teknologi  kompilasi juga berubah daripada tulisan tangan kepada teknologi pencetakan di era tahun 1920 an apabila kerajaan Arab Saudi memilih versi Hafs sebagai versi pilihan (1924 versi Chairo). Kandungan al-Quran adalah sama tetapi bentuknya berubah daripada tulisan di atas daun, kulit, tulang dan batu kepada bentuk mushaf yang ditulis dengan tangan sehinggalah Quran dicetak dengan mesin yang mampu mencetak beribu2 naskah. Penulisan khat yang bertambah baik serta penambahan tanda huruf juga memudahkan bacaan Quran seperti mana yang digunakan oleh umat Islam pada hari ini.

Semasa tempoh pra-Islamik, terdapat lebih kurang 50 kabilah (thribe) dari Yaman, Syiria, Lebanon, Madinah dan lain-lain. Mereka bercakap dalam Bahasa Arab yang berbeza2 loghat mengikut dari mana kabilah itu berasal. Bahasa Arab adalah Bahasa yang lama. Sebutan boleh berbeza tetapi maksud yang sama. Bani Tamin, Hanifah, Quraishy dan lain-lain. Ada juga yang sebutan sama tetapi maksud berbeza. Ada juga perkataan yang wujud di satu tempat tetapi tidak wujud di yang lain. Quran diturunkan dalam Bahasa Arab tetapi kebanyakan vocabulary di dalam Quran adalah daripada Quraishy. Mengapa Quraishy majoriti , sebab Mekah adalah pusat penemuan berbagai Kabilah dan ia menggunakan loghat Quraishy. Loghat Quraishy juga adalah bahasa penghantar di dalam tulisan dan pengucapan. Ia juga Bahasa sastera dan seni pengucapan (syair). Majoriti vocab di dalam Quran adalah Quraishy. Selain daripada loghat Quraishy dipercayai terdapat 6 lagi loghat yang digunakan pada ketika itu iaitu Hudhayi, Tameem, Hawaazin, Thaqeef, Kinaanah dan Yemen.

 PERINGKAT PERTAMA

Terdapat 2 kaedah bagaimana kompilasi dilakukan iaitu:

a.   Hafazan. Nabi akan menghafal dan sahabat mendengar bacaan baginda.

b.   Tulisan. Bukti wujudnya tulisan adalah berdasarkan cerita Umar yang masuk Islam 7 tahun sebelum Hijrah, beliau nampak adiknya membaca alquran melalui tulisan, ini menunjukkan ada dalam bentuk tulisan semasa Nabi hidup. Terdapat 25 sahabat yang bertindak sebagai setiausaha kepada Nabi yang bertugas menulis wahyu. Ketua setiausaha yang menjadi orang utama adalah Zaid ibn Thabit. Zaid adalah jiran Nabi yang masih muda dan salah seorang yang menghafal Quran. Ketika itu belum ada kertas. Quran ditulis di atas tulang (terutama tulang scapula unta), kulit (paling utama), daun pokok tamar dan lain2. Nabi panggil Zaid dan membaca wahyu di depan Zaid dan Zaid menulisnya. Penulisan Quran masa itu bukan seperti buku pada hari ini tetapi tulisan kepingan2 yang terpisah2 (bit by bit, piece meal by piece meal). Pada Zaman Nabi quran tidak dikompilkan kepada satu buku. Setiap sahabat akan mengumpulkan bahagian2 tertentu. Nabi pula tidak mengarahkan supaya dibukukan. Susunan surah tidak kronologikal sebagaimana ianya diturunkan. Jadi sukar untuk membukukan Quran. Apabila Nabi wafat, tidak ada Quran di dalam bentuk buku tetapi dalam bentuk serpihan.

Nabi menghafal al-Quran kerana baginda tidak boleh membaca. Menurut Hadith Riwayat Ibn Abbas, Sahih Al Bukhari 61, hadith 520 “The Prophet recited the book before Gabriel every year in the month of Ramadan, and in the month in which he died he recited it before him twice”. Nabi wafat pada tahun 632 Masihi.

PERINGKAT 2: SELEPAS 1 TAHUN NABI WAFAT, ZAMAN SAIDINA ABU BAKAR(632-634 M)

Maklumat kaedah kompilasi Quran ini diperolehi daripada hadith-hadith yang dikumpulkan oleh Al-Bukhari. Abu Bakar mengumpulkan Quran yang asalnya di tulis sedikit-sedikit di atas kulit, daun, tulang dan lain-lain kepada Quran lengkap tetapi masih bukan dalam bentuk buku kerana belum ada kertas pada ketika itu. Quran ini dikumpulkan pada tahun 12 Hijrah. Kompilasi pada zaman Abu Bakar ini sebenarnya adalah di atas permintaan Saidina Umar yang melihat ramai Hufaz mati (70 orang semasa perang Yamamah (berperang dengan Musailamah, Nabi palsu). Umar menyampaikan kebimbangan tersebut dan pada peringkat awal Abu Bakar tidak bersetuju kerana Nabi tidak pernah menyuruh untuk dibukukan. Akhirnya Abu Bakar bersetuju. Mereka melantik Zaid ibn Thabit untuk mengetuai proses kompilasi ini . Hadith Riwayat Abu Bakar, Sahih Bukhari buku 93, hadith 53 “You should search for the fragmentary scripts of the Quran and collect it (in one Book)”. Ahli dalam jawatankuasa yang diketuai oleh Zaid ini terdiri dari Ubai ibn Kaab dan Saidina Umar. Zaid ibn Thabit adalah salah seorang sahabat yang rapat dengan Nabi khususnya di dalam pengumpulan ayat-ayat Quran yang diturunkan kepada Nabi. Beliau dianggap seperti setiausaha kepada Nabi, sangat dipercayai dan mempunyai ingatan yang baik. Tanggungjawab yang diberikan kepada beliau ini dianggap sangat mencabar dan pada peringkat awalnya beliau keberatan kerana ini bukanlah kehendak Nabi. Akhirnya beliau bersetuju.

Zaid ibn Thabit dan ahli-ahli yang lain pun mengumpulkan cebisan ayat al-Quran yang ditulis di atas pelepah kurma, batu dan kulit termasuk daripada apa yang beliau sendiri tulis dan juga sahabat-sahabat yang lain. Beliau juga menggunakan khidmat penghafaz al-Quran pada ketika itu. Zaid mensyaratkan tulisan-tulisan tersebut hendaklah terdapat bukti yang ianya memang daripada Nabi dengan ada 2 saksi. Ubai ibn Kaab membaca dan Zaid menulis. Jadi Quran dikumpulkan sepenuhnya oleh Zaid dan sahabat kira-kira 1 tahun selepas nabi wafat. Ini adalah mushaf yang pertama (Fatihah hingga Annas) dihasilkan tetapi masih bukan dalam bentuk buku. Mushaf ini disimpan pula oleh Umar dan kemudiannya diserahkan kepada anak beliau, Hafsa yang juga bekas isteri Nabi. Saidina Umar memerintah selama 10 tahun tapi tidak ada apa-apa perubahan yang berlaku terhadap Mushaf tersebut. Salah seorang pembaca Quran yang menonjol pada ketika itu adalah Abdullah ibn Masuud yang dihantar ke Kufa. Abdullah ibn Masuud juga ditugaskan di Iraq yang lebih bertamadun apabila ianya ditakluki. Abdullah Masuud Berjaya mengajar ramai pelajar di Iraq, mungkin hingga 4 ribu orang.

Hadith Riwayat Zaid ibn Thabit, sahih bukhari book 93, hadith 53 “So I started compiling the Quran by collecting it from the leafless stalks of the date-palm tree and from the pieces of leather and hides and from stones, and from the chest of men who memorize. The manuscripts of the Quran remained with Abu Bakar till Allah took him unto Him. Then it remained with Umar till Allah took him unto Him, and then with Hafsa bint Umar”.

Selepas Umar wafat, mushaf quran itu disimpan oleh anak beliau iaitu Hafsa binti Umar yang juga bekas isteri Nabi. Pada ketika ini tidak ada rekod yang mengatakan mushaf ini diserahkan kepada pihak lain. Jadi amalan membaca Quran pada ketika itu adalah melalui tulisan di atas kulit, daun, batu, tulang dan hafalan.

PERINGKAT 3: KOMPILASI SEMASA SAIDINA OTHMAN (644-655 MASIHI)

Semasa pemerintahan Othman, Islam telah berkembang ke Iraq, Iran, Syria dan Mesir. Cerita tentang kompilasi Quran oleh Othman ini direkodkan oleh al Bukhari di dalam Sahihnya.

Jadi selepas Nabi wafat Quran masih dalam bentuk kompilasi kepingan kulit,tulang dan lain-lain selama lebih kurang 15-20 tahun sehingga tiba pemerintahan Saidina Othman.Mungkin kompilasi bahan-bahan ini paling lengkap dimiliki oleh Hafsah binti Umar yang disimpan oleh beliau.

Semasa pemerintahan Othman, satu lagi insiden berlaku yang menyebabkan Othman memikirkan strategi baru. Askar Islam sedang berperang di sempadan negeri yang sekarang ini dinamakan Azerbaijan. Pada ketika itu muslim dari Mekah, Madinah bertemu dengan muslim dari Syria, Domaicus/Iraq dan lain-lain. Mereka membaca Quran dengan cara berbeza. Apakah perbezaan yang dimaksudkan tidak dapat disahkan. Akibatnya mereka berbalah dan hingga hampir bergaduh secara fizikal. Masing-masing mengatakan bacaan mereka lebih baik daripada orang lain. Dipercayai mereka memperolehi kaedah bacaan tersebut daripada guru mereka yang mungkin belajar daripada sabahat-sahabat Nabi.

Huzaifah ibn Yaman mendamaikan mereka dan mengatakan adakah kita akan berbalah seperti orang Yahudi dan Kristian. Huzaifah bergegas balik ke Madinah meninggalkan medan perang untuk bertemu dengan Othman bagi menyampaikan kebimbangan beliau untuk mencegah perbalahan berpanjangan. Perbezaan bacaan tentulah besar sehingga Huzaifah sanggup meninggalkan medan perang yang boleh menyebabkan beliau menerima hukuman berat. Beliau mencadangkan supaya Quran ditulis dalam bentuk yang standard. Othman bersetuju dengan cadangan Huzaifah.

Othman mengambil kompilasi Quran yang dibuat pada zaman Abu Bakar (termasuk dari Hafsa) dan membentuk jawatankuasa kompilasi Quran. Quran simpanan Hafsa ini dijadikan rangka utama semasa kompilasi Quran. Kompilasi Quran daripada Hafsa (dikumpul semasa zaman Abu Bakar) telah dipulangkan semula kepada beliau selepas selesai proses kompilasi. Kesimpulannya sumber kompilasi Quran yang digunakan oleh Othman adalah daripada simpanan Hafsa, tulisan2 di atas kulit, tulang dan lain-lain serta daripada huffaz. Jadi ini adalah kompilasi Quran kali kedua selepas zaman Saidina Abu Bakar. Jika kompilasi zaman Abu Bakar di dalam bentuk cebisan tulisan di atas daun, kulit, batu dan tulang, kali ini Othman merancang untuk membukukan Quran dengan menulis menggunakan tangan. Jawatankuasa kompilasi ini juga disertai oleh Zaid ibn Thabit dan 3 ahli lagi yang dianggap pakar (Zaid ibn ThabitAbdullah ibn ZubirSaad ibn As dan Abdul Rahman ibn Haris). Lebih ramai ahli dimasukkan ke dalam jawatankuasa ini menjadi 12 orang semuanya. Mereka adalah daripada muhajirin dan ansar. Abdullah ibn Abas adalah salah seorang daripadanya. Jika berlaku pertikaian dalam kalangan yang menyusun semula Quran ini, Saidina Othman mengarahkannya supaya ditulis dalam loghat Quraisy (Al Bukhari 6:510).

Othman mengarahkan mereka supaya menghasilkan 5-6 salinan dan ditulis dalam dialet Quraisy kerana Quran diturunkan di dalam majoriti loghat Quraisy. Dalam masa 5 tahun jawatankuasa ini menghasilkan 5-9 salinan Mushaf dan kemudian Saidina Othman mengarahkan dihantar setiap salinan (“mastercopy”)  kepada kota-kota besar utama ketika itu e.g Domaiscus, Kufa, Basra, Yaman dan lain-lain berjumlah 9 daerah semuanya. Satu Salinan disimpan di Madinah. Bersama dengan salinan tersebut Othman menghantar bersama seorang pembaca Quran yang terkenal yang akan menjadi pengajar atau imam untuk menyeragamkan bacaan Quran. Mereka-mereka ini akan dimasukkan ke dalam sanat di dalam jalur transmisi al-Quran yang mana jalur itu berasal daripada Nabi Muhammad saw. Othman mengarahkan mana2 versi Quran yang lain daripada apa yang dihantar itu hendaklah dimusnahkan.

Othman kemudian membuat pengumuman bahawa jika ada sesiapa yang mempunyai salinan Quran yang lain (samada dalam bentuk fragmentary/serpihan ataupun penuh) daripada apa yang dihantar oleh beliau itu hendaklah dimusnahkan (bakar, basuhkan ink, tanam di dalam tempat yang terpencil supaya mereput)(Bukhari 6:61:510). Sesiapa yang memerlukan Quran perlu mendapatkan salinan daripada Mushaf Othman. Dikatakan variasi lain telah dimusnahkan kecuali yang dipulangkan kepada Hafsa. Dua lagi Quran yang tidak dimusnahkan adalah kepunyaan Abdullah ibn Mas’ud di Kufa (111 surah). Satu lagi versi Quran yang wujud adalah versi Ubay ibn Kaab (116 surah). Quran yang disimpan oleh mereka adalah untuk kegunaan peribadi. Ubay ibn Kaab dianggap orang yang kedua paling pakar dalam al Quran selepas Zaid ibn Thabit. Terdapat sedikit perbezaan di antara ketiga-tiga versi Quran ini yang lebih kepada perbezaan struktur dan bukan tektual. Jadi pada ketika itu dipercayai yang tinggal adalah (1) mushaf simpanan Hafsa yang dipulangkan, (2) Quran versi Abdullah ibn Mas’ud di Kufa, (3) versi Ubay ibn Kaab dan (4) versi Othman yang sudah lengkap. Tidak dapat diketahui samada terdapat lebih daripada bilangan tersebut kerana pada ketika itu Islam sudah berkembang luas.

Menurut Yasir Qadhi, semua Quran selepas itu termasuk yang ada pada kita hari ini adalah berasal daripada Mushaf Othmani. Quran ketika itu ditulis dalam bentuk yang kuno dikenali sebagai Kufiq script, tidak ada tanda dan titik, juga tidak ada tanda panjang serta pendek. Tanda dan titik pada tulisan ditambah ketika kurun ke 2 dan 3 Hijrah (ada yang berkata kurun pertama)Abu Aswad Ad Duali adalah orang yang dikatakan pertama kali memasukkan tanda atas, bawah dan depan (menggunakan titik bukan garis). Ini adalah semasa zaman pemerintahan Khalifah Abdul Malik, khalifah umaiyah ke 5 (65H/685M-86H/705M). Kemudian barulah dihasilkan skrip yang ada pada hari ini di mana yang paling utama dikenali sebagai Nasqi (Naskh) script. Isu tanda, titik dan panjang/pendek pada tulisan hanya lengkap pada pertengahan kurun ke-9 Masihi. Al-Khalil ibn Ahmad Al-Farahidi (meninggal 786) mencipta sistem tashkil menggantikan sistem Abu Aswad, sistem Al-Khalil ini digunakan dengan meluas termasuk dengan tanda fatha,(a), damma (u), kasra (i), sukun (vowelless), shadda dan madda.

Tashkent Mushab (dipercayai asalnya dari Mushaf Othmani) dikatakan mushab paling awal yang masih disimpan hingga hari ini di Tashkent, Uzbekistan (Rusia), ianya ditulis atas kulit. Sukar untuk membacanya walaupun oleh seorang yang fasih Bahasa Arab. Tak ada garis dan titik. Carbon dating yang dijalankan di Universiti Oxford memberi keputusan 68% kemungkinan dari tahun 640 hingga 765 Masihi dan 95% kemungkinan dari 595 – 855 Masihi. (Ramai yang berpendapat ianya bukan dari Mushfa Othman yang asal kerana scrip kufic yang digunakan hanya wujud semasa dan selepas pemerintahan Umaiyah iaitu Khalifah Abd Malik). Jadi samada mushaf ini adalah daripada Mushaf Othmani yang asal masih dipertikaikan. Satu lagi mushaf yang terawal adalah Al Husaini Mushaf di simpan di Mesir juga ditulis atas kulit. Mushaf2 ini dipercayai dihasilkan semasa kurun pertama Hijrah.

 

 

Mushaf (manuskrip) Tashkent. Gambar bawah kanan adalah Salinan daripada asal. Rujukan : https://www.islamic-awareness.org/quran/text/mss/samarqand.html

 

 

10 sahabat yang dianggap paling terkenal di dalam kompilasi Quran dan dianggap pakar adalah seperti berikut:

Umar ibn al Khattab

Uthman Affan

Ali Abi Talib

Abu Musa al Ashari

Ubay Ibn Kaab

Abdullah ibn Mas’ud

Zayd ibn Thabit

Abu Hurairah

Abdullah Ibn Abbas

Abu al-Darda

Zayd ibn Thabit adalah yang paling terkenal diikuti dengan Ubay ibn Kaab. Mereka adalah setiausaha Nabi yang membantu mengumpulkan Quran semasa Nabi hidup.

KONFLIK ABDULLAH IBN MAS’UD SEMASA KOMPILASI QURAN MUSHAF OTHMANI

Abdullah ibn Mas’ud adalah salah seorang sahabat Nabi yang menerima Islam pada tahun 616 Masihi, oleh Abu Bakar. Abdullah ibn Mas’ud adalah salah seorang yang rapat dengan Nabi dan menjaga kebajikan Nabi serta tahu banyak rahsia Nabi. Beliau juga adalah salah seorang dari 4 orang sahabat Nabi yang dianggap pakar di dalam Al – Quran. Nabi suka mendengar bacaan Quran beliau. Selepas Nabi wafat, beliau telah menjadi salah seorang  penyampai hadith yang paling dihormati, meriwayatkan lebih 800 hadith. Ibn Madood memiliki mushafnya sendiri di Kufah di mana penduduk-penduduk di situ lebih cenderung dengan mushaf Quran beliau. Semasa Othman menjalankan projek kompilasi Quran pada tahun 652 Masihi, Abdullah ibn Mas’ud tidak senang dengan hasil kompilasi tersebut terutamanya melibatkan perkara berikut:

1.  Beliau mendakwa Othman menambah 3 surah (1, 113 dan 114) yang tidak pernah ada pada Quran yang asal. Beliau juga mendakwa Othman membuat banyak lagi pindaan kecil. (Gilchrist, J (1989). Jam’ al Quran: The Codification of the Quran Text, pp67ff.Mondeor, R.S.A: MERCSA)

2. Beliau juga menuduh Mushaf Othman yang dihasilkan itu sebagai deceit (penipuan) semaca ucapan beliau di Kufa.

3. Penentangan ini direkodkan oleh al Tirmidhi di mana Ibn Mas’ud pernah mengungkapkan :

“Al-Zuhri berkata: Ubaydillah ibn Abdillah ibn Utbah memberitakan kepadaku sesungguhnya Abdullah ibn Masud tidak menyukai Zaid ibn Thabit dalam manulis mushaf. Abdullah ib Mas’ud lalu berkata: Wahai orang muslim sekalian, aku telah dipinggirkan daripada (usaha) menulis mushaf (sedangkan) ianya dipimpin oleh seorang lelaki yang ketika aku sudah memeluk Islam, dia (iaitu Zaid) masih lagi berada di dalam tulang sulbi lelaki kafir”(Riwayat al-Tirmidhi)

4.   Di dalam Riwayat al-Hakim, Ibn Mas’ud dikatakan secara jelas mengkritik Zaid ibn Thabit, beliau merekodkan sebagai menyebut:

“Abdullah ibn Masúd berkata: Sesungguhnya aku telah membaca tujuh puluh surah dari al Quran dari mulut Rasullullah sedangkan Zaid masih bermain dengan kanak-kanak (Riwayat al-Hakim)

Apabila wakil Othman tiba di Kufa untuk membakar varian Quran, Abdullah menyorok versi Quran yang disimpan olehnya. Beliau mendakwa membaca 70 surah dalam Quran dan mengatakan tidak ada orang lain yang lebih pakar tentang Quran selain daripada dirinya. Beliau juga mengaku mempunyai varian Quran yang lebih tepat (Hadith Muslim 31: 6022).

Walau bagaimanapun ramai ilmuan Islam mempunyai penjelasan di atas isu yang ditimbulkan oleh Abdullah ibn Mas’ud dan menganggap ianya lebih kepada isu peribadi. Sedangkan beliau tetap menghormati ahli jawatankuasa termasuk Zaid yang dilantik dan berpuashati dengan hasil kompilasi jawatankuasa ini. Ibn Mas’ud pernah mengungkap “Aku bukanlah seorang yang lebih baik dari dia (Zaid)”(Al-Mabani; Muqaddimatan fi Ulum al-Quran(Baghdad: Maktaba al-Muthanna, 1954, p 54). Ibn Mas’ud hanya meluahkan rasa terkilan di atas perlantikan tersebut dan di atas arahan Othman untuk membakar mushaf milik beliau.

OTHMAN MEMBAKAR QURAN DAN MENGARAHKAN HANYA QURAN OTHMANI DIGUNAKAN OLEH UMAT ISLAM

Semua mengetahui bahawa Saidina Othman bertanggungjawab membukukan al-Quran, tidak hairanlah mengapa hingga ke hari ini Quran versi buku ini dinamakan Quran Othmani. Setelah berpuashati dengan kerja pengumpulan Al-Quran, lain-lain versi al-Quran telah dibakar termasuk di dalam bentuk tulisan di atas daun, tulang, kulit dan lain-lain dengan alasan untuk tidak mahu mengelirukan umat Islam. Quran yang dibukukan oleh Othman ini kemudiannya diserahkan kepada beberapa buah negeri di mana setiap negeri itu Othman menetapkan individu2 tertentu untuk membawanya dan menjadi pakar rujuk kepada Quran yang merupakan hanya 1 versi ahruf sahaja ( 6 lagi telah dimusnahkan). Satu versi yang terpilih ini dikatakan dari loghat Quraisy. Perlu diingat bahawa pada ketika ini tulisan arab belum mempunyai tanda seperti titik, baris atas dan bawah maka ia memang memerlukan pedoman daripada individu yang arif. Terdapat sekurang-kurangnya 6 tempat di mana Quran versi Othman ini dihantar pada ketika itu iaitu:

1.   Mekah

2.   Madinah

3.   Kufa

4.   Basra

5.   Damascus

6.   Al Za’kshi

Dipercayai terdapat 3 lagi daerah yang menerima Quran ini dari Othman ini menjadikan 9 kesemuanya.

MEKAH

Saidina Othman menghantar Abdullah ibn Saaíb (meninggal 682 Masihi). Abdullah ibn Saaib kemudian menurunkan ilmu bacaan ini kepada Ibn Kathir (665-737 M). Daripada Ibn Kathir ini diturunkan kepada 2 orang lagi iaitu Al-Bazzi (786-864 M) dan Qunbul (810-904 M)

MADINAH

Saidina Othman menghantar Zayd ibn Thabit ke Madinah Bersama Quran yang telah dibukukan yang kemudiannya diturunkan kepada Naafe (689-785 M). Daripada Naafe ini diturunkan kepada dua orang lagi iaitu Qaaluun (737-835 M) dan Warsh (728-812). Warsh adalah versi al-Quran yang banyak digunakan oleh penduduk-penduduk di Afrika pada hari ini tetapi ianya merangkumi hanya 10%, manakala 90% lagi adalah daripada versi Hars.

KUFA

Othman memilih Abu Abd’Ar Rahmaan as Sulamee (690 M) ke Kufa dan daripada Abu Abd Rahmaan ini diturunkan kepada 3 orang lagi iaitu Hamzah (699-772 M), Al-Kesaaí (737-804 M) dan Abu Bakr Aaseem (745-778 M). Hamzah menurunkan kepada Khalaf (767-843 M) dan Khallad (835 M). Al Kesaaí pula menurunkan kepada Al Doori (860) dan Abu Ali al-Haare (864 M). Manakala Abu Bakr Aaseem pula menurunkan kepada Abu Bakar Sho’bah Ibn Ayyash (713 -809 M) dan Hafs (708-796/805 M). Quran versi Hafs inilah yang digunakan oleh majoriti umat Islam pada hari ini.

DAMASCUS

Saidina Othman menghantar Al-Mugheerah Ibn Shu’bah (670 M) yang kemudiannya menurunkan kepada Ibn Amir (629-736 M). Daripada Ibn Amir diturunkan kepada Heeshaam (770-839 M) dan Ibn Zkwaan (789-846 M)

BASRA

Manakala Quran yang dikumpulkan oleh Othman ini dihantar ke Basra melalui Aamir ibn Abdul Qays (674 M) yang kemudiannya diturunkan kepada Abu Amr ibn al-Ala’(687-770 M). Melalui Abu Amr ini terdapat dua lagi individu yang membawanya iaitu As Susi (874 M) dan Al Doori (767-860 M)

Jadi daripada maklumat di atas sekurang2nya 6 daerah (jumlah kesuluruhannya dipercayai 9 daerah) menerima Quran versi Othmani yang dibawa oleh wakil yang dipilih untuk mengajar bacaan Quran ini dan daripada wakil-wakil ini berkembanglah pakar-pakar yang dinyatakan. Masing2 dikatakan menjadi pengikut wakil utama yang dihantar oleh Othman, mereka juga dikenali dengan gelaran imam. Semuanya membawa 1 sahaja versi ahruf tetapi mungkin mempunyai kaedah bacaan yang berbeza. Kaedah bacaan yang berbeza ini dikenali sebagai Qiraat.

Pihak Orientalist mempersoalkan tindakan Othman kerana menurut mereka siapakah yang mengarahkan Othman untuk memilih hanya 1 ahruf sahaja dan perlu dibakar semua simpanan-simpanan ayat Quran yang lain. Sedangkan Othman bukan rasul dan tidak mendapat wahyu dari Allah. Bukankah ini satu tindakan yang pelik melainkan terdapat percanggahan yang ketara. Tetapi bagi umat Islam kita hendaklah bersangka baik terhadap Saidina Othman yang merupakan sabahat nabi. Mereka juga mempersoalkan mengapa Quran diturunkan di dalam Bahasa Arab yang sukar pada ketika itu kerana tidak mempunyai tanda huruf berbanding dengan Bahasa Hebrew dan Greek yang sudah lengkap dan digunakan meluas pada ketika itu. Bagaimana boleh wujud dialet yang berbeza pada pertengahan kurun ke 7 sedangkan tanda huruf hanya diperkenalkan pada kurun ke 8. Sebagai umat Islam, kita yakin bahawa Allah lebih mengetahui dan tentu ada sebab yang munasabah mengapa Quran ini diturunkan di bumi Mekah di dalam bahasa Arab. Untuk membaca kritikan pihak Orientalist dan bagaimana sarjana Islam menjawab kritikan mereka tentang proses kompilasi al-Quran ini, sila baca tulisan yang seterusnya.

QURAN SELEPAS OTHMAN DAN 7 AHRUF/QIRAAT

Para sarjana Islam mengetahui tentang kewujudan 7 versi bacaan quran yang juga dinamakan Ahruf. Inilah versi Quran yang diturunkan kepada Nabi Muhammad melalui Jibrail. Tujuannya untuk memudahkan umat Islam membaca.

Isu 7 perbezaan bacaan ini wujud melalui hadith sahih Riwayat Umar ibn al-Khattab said: “I heard Hisham ibn Hizam reciting surah al-Furqan (Q 25) differently to the way I recited it, and it was the Prophet, may Allah bless him and grant him peace, who had taught me it. I was about to rush up to him, but I allowed him time to finish (his prayer). Then I grabbed him by his cloak and took him to the Messenger of Allah, may Allah bless him and grant him peace, and said “Messenger of Allah, I heard this man reciting surah al-Furqan differently to the way you taught me it. “The Messenger of Allah, may Allah bless him and grant him peace, said, “Let him go.”. Then he said, “Recite, Hisham”, and Hisham recited it the same way that he had done so before. The Messenger of Allah, may Allah bless him and grant him peace, said,”It was sent down like that”. The he told me to recite, and I didi so, and he said, “It was sent down like that. This Quran was sent down in seven (different) version (ála sabáti ahruf), so recite whateverof it is easy for you. (This hadith related by Malik in the Muwatta’, al-Bukhari, and others). Scholar not sure what actually ahruf means and what is “easy”meant. Terdapat satu lagi hadith Riwayat Muslim yang juga menegaskan tentang kewujudan 7 jenis bacaan ini di dalam Kitab as-Salat, hadis no 1789.

Perkataan AHRUF dan QIRAAT seringkali menjadi perdebatan dan sukar untuk difahami. Ada yang menganggap ianya dua perkataan yang membawa maksud yang sama dan ada juga yang membezakannya. Saya menemui satu video yang membezakan ahruf dan qiraat. Umumnya terdapat 7 ahruf dan 10 Qiraat yang terkenal. Malahan ada yang berpendapat terdapat lebih daripada 10 Qiraat. Maksud 7 Ahruf di dalam quran merujuk kepada perbezaan sebutan tetapi tidak mengubah maksud. Variasi sebutan ini dinamakan Harf. Tidak kira apa sebutan yang digunakan dalam 7 ahruf ini, semuanya akan kembali kepada Nabi Muhammad. Ia wujud disebabkan oleh wujudnya perbezaan loghat dan dengan ada lebih dari satu ahruf, ianya lebih mudah disebut. Di samping sebutan, berlaku juga variasi daripada segi penjodoh bilangan (plural dan singular), grammar dan tambahan atau ketiadaan satu huruf yang tidak mengubah maksud. Saidina Othman dikatakan memilih versi loghat Quraishy dan terdapat perbezaan pendapat samada beliau hanya memilih 1 sahaja Ahruf ataupun dimasukkan kesemua 7 ahruf semasa proses kompilasi tersebut. Majoriti ulamak berpendapat mushaf Othmani mengandungi sebahagian dari 7 Ahruf yang bersesuaian dengan kerangka asal.

Manakala Qiraat adalah merujuk kaedah membaca Quran yang berbeza walaupun ejaan adalah sama. Apabila Othman menghantar seorang pakar ke beberapa tempat yang berbeza untuk mengajar versi Quran yang telah beliau pilih, pakar ini diberi gelaran imam. Di samping mereka ini arif dengan Mushaf Othmani itu, mereka juga membawa kaedah bacaan yang berbeza ataupun dinamakan Qiraat. Dikatakan terdapat 10 pakar di dalam Qiraat dan setiap pakar ini mendapat kemahiran yang akhirnya turun kepada Nabi Muhammad. Seperti yang dinyatakan tadi, gaya bacaan yang berbeza dari imam yang berbeza ini dinamakan Qiraat. Ejaan sama tetapi sebutan berbeza. Mereka juga menurunkan kaedah bacaan ini kepada penuntut2 mereka. Seperti yang disebutkan tadi, pakar-pakar ini dinamakan imam dan setiap pilihan kaedah bacaan ini dinamakan Qiraah. Setiap imam ini ada 2 orang pelajar yang kemudiannya menurunkan pula kemahiran ini kepada pelajar-pelajar seterusnya sehingga menjadi seperti satu jaringan transmisi. Pelajar-pelajar ini juga dinamakan Rawi. Contoh imam adalah Aseem Al Kufi dan dua anak muridnya adalah Hafs dan Shu’bah. Hari ini kita ada Qiraah Hafs Aseem yang merupakan Qiraah yang paling terkenal dan digunakan dengan meluas pada hari ini. Pelajar kepada Rawi pula dikenali sebagai Tariq.  


Contoh Qiraah dari dua perawi

Seperti yang dinyatakan di atas, isu Quran versi Othman terus diperdebatkan kerana ada sekurang2nya dua pendapat iaitu pendapat pertama Othman hanya memilih satu daripada 6 Ahruf yang diturunkan kepada Nabi Muhammad, manakala pendapat kedua pula mengatakan semua versi2 itu wujud di dalam Quran yang dikumpulkan oleh Othman. Majoriti imam-imam yang empat berpendapat bahawa mushaf Othmani hanya mengandungi sebahagian dari 7 versi yang sesuai untuk dimasukkan ke dalam kerangka teks yang sedia ada (kerangka ini merujuk kepada maksud ataupun huruf-huruf yang tidak ada titik). Maksudnya Quran Othmanik ini mengandungi ahruf-ahruf yang Nabi sebutkan dan boleh dibaca mengikut versi tersebut tanpa mengubah maksud ayat. Di dalam konteks ini, terdapat ahruf yang tidak dimasukkan ke dalam Mushaf Othmani. Perbahasan di dalam isu ini masih diteruskan.

Perbahasan mengenai maksud 7 ahruf itu adalah sangat besar dan terdapat banyak perbezaan pendapat.  Sehingga ada yang mengatakan terdapat 40 pendapat ulamak mengenai maksud 7 ahruf itu. Jadi tidak ada konsensus dan kata sepakat yang dipersetujui dalam kalangan ulamak mengenai maksud sebenar 7 ahruf. Ada yang berpendapat 7 ahruf itu meliputi (pendapat Fakhr al Din al Razi di dalam kitab al-Lawaih):

1. Perselisihan pada isim (nama) samada mufrad atau jama

2. Perselisihan pada wajab tasrif

3. Perselisihan samada mendahulukan ataupun mengkemudiankan.

4. Perselisihan pada pertukaran huruf (ibdal)

5. Perselisihan samada menambah atau membuang huruf

6. Perselisihan pada loghat Bahasa Arab (lahjah).

Prof Yasin membuat analogi maksud ahruf ini umpama mengambil kereta api melakukan perjalanan daripada A ke B. B adalah matlamat dan maksud yang hendak dicapai. Di dalam perjalanan tersebut, kita perlu berhenti di perhentian untuk menukar trek/station, semasa menukar station tersebut kita perlu berpindah daripada tempat berhenti ke station baru. Semasa memasuki station baru, terdapat pilihan gate untuk masuk. Pilihan gate inilah yang dikatakan ahruf yang berbeza. Mana-mana sahaja gate yang dipilih akan membawa kita  ke station yang dituju dan matlamat akhirnya tetap sama.

Manakala kaedah membaca Quran pula dinamakan Qiraat. Daripada Quran Othmani yang dihasilkan itu berkembang banyak kaedah bacaan ataupun Qiraat ini dan setiap kaedah bacaan ini ada pakar ataupun imam yang membawanya turun menurun kepada anak2 murid.

Bacaan yang diamalkan oleh masyarakat Malaysia adalah mengikut Riwayat Hafs as Asim.

Ilmu Qiraat bukan sahaja memfokuskan kepada sesuatu bacaan atau sebutan sahaja, bahkan peranannya melangkaui bidang-bidang lain antaranya ilmu tafsir, bahasa , feqah dan sebagainya.

Terdapat banyak versi bacaan Quran ataupun Qiraat ini sehingga Ibnu Mujahid menulis buku yang menghadkan 7 versi bacaan seperti yang tersenarai di dalam jadual. Itupun tidak dipersetujui oleh ramai sarjanawan.

Di dalam membicarakan isu Ahruf/Qiraat ini, rujukan yang seringkali digunakan oleh ilmuan Islam adalah buku tulisan Ibnu Mujahid. Ibnu Mujahid (Meninggal tahun 324H/936M) menyenaraikan 7 kaedah bacaan ataupun Qiraat walaupun beliau hidup pada kurun ke 4 hijrah, lebih 300 tahun selepas hijrah. Beliau menulis buku Sabaah fil Qiraat. Sabaah bermaksud 7 orang yang berkaitan dengan kaedah bacaan. Tujuh kaedah bacaan yang Ibnu Mujahid senaraikan adalah di dalam jadual 1 di bawah. Perlu diingat bahawa 7 Qiraat ini tidak sama dengan 7 ahruf, bilangan 7 itu dipilih secara kebetulan sahaja kerana selepas Othman, hanya satu sahaja versi Quran yang kekal menggunakan loghat Quraishy. Kaedah-kaedah bacaan ini berasal daripada Madinah, Mekah, Basra, Damascus dan Kufa). Nama-nama yang tercatit adalah individu yang mempelupuri kaedah bacaan tersebut seperti Imam Nafi’, Ibn Kathir dan lain-lain. Ada kesilapan tarikh kematian Nafi’, (meninggal 169 Hijrah, bukan 197). Daripada Nafi’, terdapat 2 perawi iaitu imam Warsh dan Qalun. Warsh digunakan di utara Afrika (Nigeria, morocco,) dan Eropah. Hafs daripada Asim adalah versi bacaan yang digunakan secara meluas hari ini, ianya berasal dari Kufa. Jadi Ibnu Mujahid membicarakan tentang Qiraat yakni kaedah pembacaan Quran yang dinyatakan di atas.

Ada juga yang bercakap tentang 10 versi bacaan/Qiraat seperti yang tersenarai di dalam jadual 2. Mengekalkan 7 versi yang pertama oleh Ibn Mujahid dan tambahan 3 lagi versi. Bacaan mereka berbeza pula dengan Nafi’. Ada pula orang yang menulis tentang wujudnya 4 lagi versi bacaan seperti Ibn Muhaysin, Al Hasan Al Basri dan lain-lain menjadikan jumlah  14 versi bacaan/Qiraat. Rujuk jadual 2. Abu Mujahid adalah yang paling terkenal.

Persoalannya apakah yang berlaku ke atas Mushaf Othman selepas waktu pemerintahan beliau. Berlaku banyak pendapat dan perdebatan kerana tidak ada bukti yang jelas walaupun semua maklumat ini berdasarkan kepada hadith yang dikumpulkan oleh Imam Bukhari dan Muslim. Walaupun Othman cuba untuk menghasilkan satu saja versi Quran yang seragam untuk kegunaan orang Islam, namun masih wujud Quran-quran variasi yang lain selepas era pemerintahan beliau. Ini mungkin disebabkan oleh kesukaran untuk mendapatkan lain-lain versi yang sudah tersebar luas ketika pemerintahan Othman. Versi-versi Quran yang lain ini masih wujud hingga ke hari ini. Walaupun versi bacaannya lain, namun sarjana Islam berpendapat yang maksud yang terkandung di dalamnya tidak berubah. Pihak Orientalist menggunakan kesempatan ini untuk mempertikaikan kewibaan proses kompilasi Quran walaupun bagi umat Islam Allah sudah berjanji akan memelihara Quran, jadi apa sahaja versi Quran yang ada pada hari ini adalah dengan kehendak Allah swt, jadi tentulah ianya benar. Ini dinyatakan oleh Allah di dalam Surah Al-Hijra ayat ke 9 bermaksud : “Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan al-Zikr (Al-Quran) dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya”.

Prof Shady Naseer daripada Universiti Oxford membuat kajian terperinci berkenaan dengan transmisi Qiraat. Prof Shady Naseer membahagikan transmisi Qiraat selepas zaman Othman (Mushaf Othmani) kepada 5 peringkat iaitu peringkat pertama, kedua dan seterusnya. Selepas terhasilnya mushaf Othmani maka ianya diturunkan kepada guru-guru quran atau imam yang akan menurunkan bacaan mereka kepada anak murid masing-masing. Ini akan mengwujudkan satu bentuk rantaian ataupun jalur transmisi di mana terdapat sanat ataupun periwayat yang membawanya hinggalah kepada Nabi Muhammad. Setiap versi itu ada sanat-sanat yang membawanya seperti mana jalur transmisi hadith. Prof Shady merujuk kepada Qiraat yakni kaedah bacaan yang berbeza daripada satu versi Quran yang dihasilkan oleh Saidina Othman.

Peringkat pertama adalah berdasarkan kepada buku tulisan Ibnu Mujahid di atas di mana terdapat 7 orang imam yang membawa setiap versi bacaan tersebut terdiri daripada Nafi’Ibn KathirAbu AmrIbn AmirAsimHamza dan Al Kisai’i. Lihat jadual di bawah.

Jadual 1:  7 versi bacaan (Qiraat) oleh Ibn Mujahid (meninggal 324 Hijrah/936 Masihi)

 

Bacaan

Asal

1

Nafi’(died 186 H)

        Warsh (197/812)

        Qalun (220/835)

Madina

2

Ibn Khathir (120/738)

Mekah

3

Abu Amr (154/770)

        Al-Duri (246/860)

Basra

4

Ibn Amir (118/736)

Damascus

5

Asim (127/745)

        Hafs (180/796)

        Shu’ba (193/809)

Kufa

6

Hamza (156/773)

Kufa

7

Al Kisa’I (189/804)

Kufa

 

Jadual 2 : Tambahan versi bacaan Quran (Qiraat)

 

 

 

8

Abu Ja’far (130/747)

Madina

9

Ya’qub al Hadrami (205/821)

Basra

10

Khalaf (229/844)

Kufa

11

Ibn Muhaysin (123/740)

Mekah

12

Al-Hasan al-Basri (110/728)

Basra

13

Yahya al-Yazidi (202/817)

Basra

14

Al-A’mash (148/765)

Kufa


Peringkat kedua pula adalah nama-nama imam ataupun anak murid yang menerima Qiraat berdasarkan kepada 7 imam utama di atas. Manakala peringkat ketiga pula adalah transmisi daripada imam di dalam peringkat kedua tadi.

Sebenarnya terdapat lebih daripada 7 Qiraat yang ditemui dan ada ulamak yang kurang bersetuju dengan pilihan Abu Mujahid. Di samping 7 jenis bacaan yang disenaraikan oleh Ibnu Mujahid terdapat sekurang-kurangnya 7 lagi kaedah bacaan yang berbeza seperti jadual 2 di atas. Jadi ada perbezaan pendapat, ada tiga kumpulan ilmuan yang berpendapat ada 7 varian, 10 varian dan 14 varian.

Peringkat ke lima adalah pada 1923 -dan kemudian, orang Islam telah maklum tentang kewujudan Quran yang mempunyai variasi berdasarkan kepada Ahruf (ini sudah diselesaikan oleh Saidina Othman) dan Qiraat.

Ke semua versi bacaan yang dinyatakan di atas adalah berasal daripada mushaf Othmani yang dihasilkan ketika zaman pemerintahan Saidina Othman. Semasa Othman melakukan kompilasi Al-quran, terdapat versi Quran lain yang disimpan oleh Ibnu Masúd (Mushaf Ibnu Mas’ud). Satu lagi adalah mushaf Ubay ibn Kaab. Jadi walaupun Othman berjaya menghasilkan satu versi Quran yang sepatutnya digunakan oleh umat Islam selepas itu, terdapat versi Quran yang lain disimpan oleh  Ibnu Mas’ud dan Ubay ibn Kaab. Walaubagaimanapun, ulamak berpendapat mushaf Ibnu Mas’ud dan Ubay ibn Kaab adalah untuk kegunaan peribadi.

Dikatakan bahawa Ibnu Mas’ud tidak bersetuju dengan jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Othman yang diketuai oleh Zaid. Jadi berlaku perbezaan pendapat dan sedikit pertelingkahan di antara jawatankuasa tersebut dengan Ibnu Masuud. Bacaan Ibnu Mas’ud banyak digunakan di Iraq. Versi Quran yang disusun oleh Saidina Othman ini juga dikenali sebagai Mushaf Othmani. Ibn Mas’ud tidak berapa bersetuju dengan Mushaf Othmani. Ibnu Mas’ud juga mempersoalkan lain-lain ahli jawatankuasa yang semasa Nabi hidup mereka sangat muda dan ada yang mempunyai kaitan persaudaraan dengan Othman. Cerita ini diperolehi daripada hadith-hadith sahih Al-Bukhari. Walau bagaimanapun, para sarjana Islam berpendapat ini hanya isu peribadi dan tidak menjejaskan kualiti kompilasi Quran yang dihasilkan oleh jawatankuasa.

Sila rujuk bab yang membicarakan tentang kritikan pihak Orientalist terhadap kompilasi al-Quran di bawah, saya juga sertakan jawapan daripada Sarjana Islam terhadap kritikan Orientalist tersebut.

QURAN EDISI MESIR 1924

Sebelum 1924 tidak ada Quran dalam bentuk buku yang boleh diulang cetak. Quran ditulis dengan tangan dan dikompilasikan. Quran versi Hafs ini juga dikenali sebagai Edisi Cairo ataupun Egypt/Mesir diterbitkan pada 10hb Julai 1924. Sedikit pindaan dilakukan ke atas edisi ini pada tahun 1936 dan edisi ini dikenali sebagai Edisi Faroq mengambil sempena raja Mesir bernama Faroq (1936-52). Walau bagaimanapun, Quran Edisi Cairo 1924 lebih digunakan dengan meluas sehingga hari ini.

Quran teks Mesir versi Hafs berdasarkan bacaan Asim (jalur transmisi Abu Abd’Ar Rahmaan as Sulamee yang dihantar oleh Saidina Othman ke Kufa bersama Quran Othmani) telah dipilih untuk dijadikan versi Quran hingga ke hari ini di seluluh dunia kecuali di beberapa negara di Afrika Utara. Di Afrika Utara menggunakan Quran versi Warsh. Jadi Hafs dan Warsh adalah contoh dari beberapa versi bacaan berbeza ataupun Qiraat yang asalnya daripada imam-imam yang dihantar oleh Saidina Othman untuk mengajar mushaf Othmani. Tidak dapat dipastikan dengan tepat mengapa Quran versi Hafs dipilih tetapi dipercayai kerana lebih mudah untuk dibaca dan ada yang memberi alasan bahawa ia adalah pilihan Allah. Jika dikaji daripada segi jalur transmisinya ianya berasal daripada mushaf Othmani yang dihantar ke Kufa Bersama dengan Abu Abd’Ar Rahmaan as Sulamee. Quran Mesir ini juga menyelesaikan masalah samada untuk memasukkan bismillah ataupun tidak. Bismillah telah dimasukkan ke dalam Quran versi ini. Versi Mesir ini menggunakan tradisi Kufan untuk memisahkan dan menomborkan surah. Pihak Orientalist mempersoalkan mengapa memilih Quran versi Hafs yang di asalnya dihantar ke Kufa, satu tempat yang jauh dan tidak mengambil versi yang disimpan di Madinah ataupun Mekah yang lebih dekat. Isu pemilihan versi ini telah dijawab oleh sarjana Islam dan salah satu hujah adalah ini adalah ketentuan Allah swt.

Quran versi Cairo 1924 ini adalah hasil daripada kerja seorang Professor di Universiti AL Azhar yang memulakan kerja pada tahun 1907 lagi. Hanya pada tahun 1924 barulah ianya diterbitkan. Ia menggunakan susunan kronologikal surah mengikut pendapat Ibn Abbas. Banyak naskah Quran pada era sebelum 1924 telah dimusnahkan dengan ditenggelamkan ke dalam sungai Nile. Quran yang digunakan oleh majoriti oleh orang Islam hari ini adalah versi Hafs. Kita percaya bahawa Quran versi Hafs ini adalah Quran asal yang diturunkan kepada Nabi junjungan kita semenjak lebih 1400 tahun yang lalu.

Golongan Orientalist sentiasa mencari peluang untuk mempertikaikan kewibawaan proses transmisi Quran dan banyak buku-buku mereka diterbitkan. Namun dengan kebijaksanaan sarjana Islam, semua kritikan dan dakwaan mereka telah dapat dipatahkan. Malahan terdapat ahli-ahli akademik bukan Islam sendiri yang mengakui bahawa Quran adalah satu-satunya kitab suci agama yang berjaya dijaga dan dipelihara keasliannya.

KRITIKAN PIHAK ORIENTALIST DAN JAWAPAN SARJANA ISLAM MENGENAI PROSES KOMPILASI AL-QURAN

Pihak-pihak Orientalist yang sentiasa mencari alasan untuk menyerang Islam juga memberi hujah-hujah dengan mengambil beberapa hadith untuk menyokong agenda mereka bagi menjatuhkan kredibiliti Quran. Mereka juga menuduh bahawa maklumat tentang pengumpulan al Quran ini diperolehi dari hadith-hadith yang dikumpulkan setelah 200 tahun Nabi Muhammad wafat. Mereka menggunakan maklumat daripada hadith2 ini untuk mempertikaikan kewibawaan Al-Quran.

Di antara tuduhan-tuduhan mereka adalah berdasarkan kepada senarai hadith-hadith di bawah.

Ayat2 yang hilang: Hadith Ibn Abi Dawud, Kitab al-Masahif, ms 23

Ayat yang hilang : As Suyuti (meninggal 1500s) Al-Itqan fii Ulum al Quran, ms 524

Ayat yang dilupai : Hadith Sahih Muslim (meninggal 875M), Vol 2:2286, ms 501

Ayat yang dibatalkan : Hadith Sahih Bukhari (meninggal 870 M), Vol 5:416, ms 288

Ayat yang hilang : Hadith Sahih Bukhari, Vol 8:817, ms 539

Ayat yang ditukar: Muwatta Imam Malik (meninggal 795 M) ms 64

Ayat yang terlepas pandang:Hadith Ibn Abi Dawud, Kitab al-Masahif,ms 11

Ayat yang ditukar: Muwatta Imam Malik, ms 64

Ayat yang diubahsuai: Hadith Ibn Abi Dawud, Kitab al-Masahif, ms 117

Ayat yang dimakan kambing: Hadith Sunan Ibn Majah

Keraguan-keraguan yang sengaja dibawa oleh pihak Orientalist di atas sudah dijawab oleh Sarjana Islam. Mereka tidak menafikan tentang kesahihan hadith2 tersebut tetapi berlaku pemahaman yang berbeza di antara keduanya. Pihak Orientalist membacanya secara literal dan tidak meneliti konteks dan cerita sebenar tentang hadith-hadith tersebut. Terdapat juga pihak orientalist yang berpendapat pada ketika zaman Othman, amat sukar untuk melakukan kompilasi kerana pada ketika itu Islam sudah tersebar luas dan begitu juga bacaan al Quran. Walaupun beliau memusnahkan Quran daripada versi lain, namun amat sukar untuk menghapuskan ke semuanya. Tetapi pihak sarjana Islam pula berpendapat bahawa penyebaran Islam yang luas ini sebenarnya memberi petunjuk yang lebih kuat bahawa sebarang pindaan lebih sukar dilakukan kerana ramai yang menghafal al Quran serta akan menegur jika tindakan meminda itu cuba dilakukan. Tambahan pula tidak ada rekod daripada seteru-seteru Saidina Othman yang beliau melakukan pindaan terhadap Quran, masing-masing menerimanya tanpa bantahan. Kritikan pihak Orientalist di atas juga dijawab oleh seorang pensyarah Fakulti Pengajian Quran Sunnah USIM yang diterbitkan di dalam Ulum Hadith Research Center bertajuk Kritikan Orientalis Terhadap Proses Pengumpulan dan Penyusunan Al-Quran.(Ahmad Sanusi Azmi, 2017, Ulum Hadith Research Center).

Tentang dakwaan Orientalist terdapat surah Quran yang hilang, mereka menggunakan Riwayat hadith untuk membuktikan terdapat ayat2 yang hilang semasa proses kompilasi Quran oleh Othman di antaranya adalah kehilangan surah al -Fatihah, al- Falaq dan Al-Nas. Di dapati tidak terdapat surah2 ini di dalam mushaf Ibn Mas’ud. Menurut mereka ketiga2 surah ini bukan sebahagian dari Al-Quran pada asalnya dan Ibn Mas’ud memahaminya, ia hanya doa yang dibaca ketika ritual harian. Sarjana Islam menjawab bahawa tuduhan pihak Orientalist ini tidak benar. Isu ini telah dibahaskan pada kurun yang awal, ianya dijawab di dalam Al-Suyuti, Abd Rahman Abu Bakr dalam al-hay al-Ammah al-Misriyyah li al-Kitab, 1974, pp 270-273). Di antara hujah yang diberikan adalah kepalsuan tuduhan Orientalist tersebut berdasarkan kepada jaringan transmisi qiraat Asim yang mengambil bacaan dari Zirr dan Zirr pula mengambil bacaan dari Ibn Mas’ud, di dalam jaringan ini terdapat ketiga2 surah tersebut. Mereka juga berkata ketiadaan ketiga2 surah ini di dalam mushaf Ibn Mas’ud bukan menafikan surah tersebut sebagai bukan daripada al-Quran. Hujah ketiga adalah Ibn Masud mengeluarkan surah al Fatihah kerana untuk tidak mengelirukan kerana surah ini sudah diketahui umum memang sebahagian dari Quran, jadi tidak dimasukkan pun orang sudah tahu (pandangan Ibn Qutayba). Pihak Orientalist juga menemui kehilangan dua surah yang dinamakan surah al-Hafd dan al-Khal. Kedua2 surah ini dikatakan wujud di dalam mushaf Ubay ibn Kaab dan tidak diletakkan di dalam mushaf Othmani. Ini berdasarkan kepada nas yang diriwayatkan oleh Abu Ubayd dan direkodkan oleh al-Suyuti. Hujah yang diberikan oleh sarjana Islam adalah kewujudan dua surah ini di dalam mushaf Ubay tidak bererti ianya secara automatic perlu diterima sebagai al-Quran yang mutawatir kerana memang terdapat sahabat Nabi yang melakukannya. Tambahan pula, riwayat berkenaan dengan surah ini hanya datang dengan hadith yang dikategorikan sebagai ahad sahaja. Imam-imam yang meriwayatkan bacaan Ubay juga tidak ada yang meninggalkan bacaan surah2 ini. Manakala al Imam al Suyuti meletakkan kedua2 surah ini sebagai surah yang telah dimansuhkan oleh Allah tetapi Ubay masih meletakkannya di dalam mushaf miliknya.

Pihak Orientalist juga menuduh bahawa terdapat kehilangan ayat al-Quran termasuk yang dihafal melalui mengakuan Ibn Umar yang diriwayatkan oleh al-Qasim ibn Salam bermaksud “Daripada Ibn Umar, beliau berkata: Jangan ada seorang pun di kalangan kamu yang mengucapkan: “aku telah mengambil (menghafal) al-Quran keseluruhannya. (Ibn Umar bertanya) Apakah kamu tahu apa yang dimaksudkan dengan keseluruhan itu (al-Quran) Sesungguhnya telah pergi (hilang) banyak (ayat) daripada al-Quran. Bahkan ucapkanlah: “Aku telah mengambil sebahagian daripada al-Quran yang ada secara zahirnya”. Sarjana Islam mendakwa berlaku manipulasi nas dilakukan oleh pihak Orientalist. Apa yang sebenarnya hendak disampaikan oleh Ibn Umar adalah terdapat permansuhan ayat oleh Allah melalui arahan Rasulullah, keadaan ini juga dinamakan proses nasakh. Terdapat juga bukti yang Ibn Umar sendiri mengaku tidak ada berlaku kehilangan ayat Quran berdasarkan kepada ayat 64, surah Yunus yang membawa erti Allah akan sentiasa memelihara al-Quran (maksud ayat: “Bagi mereka berita gembira di dalam kehidupan di dunia dan (dalam kehidupan) di akhirat. Tidak ada perubahan bagi kalimat-kalimat (janji-janji) Allah. Yang demikian itu adalah kemenangan yang besar”) .

Pihak Orientalist juga mendakwa mempunyai bukti kukuh yang Ubay dan Saidatina Aishah mengesahkan pengurangan ayat surah al-Ahzab ketika proses kompilasi al-Quran di zaman Othman. Tuduhan ini berdasarkan kepada Riwayat yang disandarkan kepada Saidatina Aishah dan juga Ubay ibn Kaab yang bermaksud “Daripada Aishah, beliau berkata sesungguhnya surah al-Ahzab yang dibaca pada zaman Nabi (mengandungi) 200 ayat. (Namun) apabila Saidina Othman menulis mushaf (al-Quran), (bilangan ayatnya) dikira tidak lebih dari apa yang ada sekarang (iaitu hanya 73 ayat). Begitu juga Riwayat yang direkodkan dari Ubay ibn Kaab bermaksud

“Maksudnya : Daripada Zirr ibn Hubaysh, beliau berkata: Sesungguhnya Ubay ibn Kaab berkata kepadaku : Berapakah bilangan ayat surah al-Ahzab. Aku (Zirr) lalu menjawab 72 atau 73 ayat. (Maka) Ubay mengucapkan: Sesungguhnya (bilangan ayatnya) hampir sama (banyak) dengan surah al-Baqarah. Dan kami pernah membacanya (dan terdapat) di dalamnya ayat (berkenaan hukum) rejam. Maka aku (Zirr) lalu bertanya: Apakah (yang dimaksudkan dengan) ayat rejam itu? Maka Ubay pun membaca (ayat rejam yang bermaksud): Sekiranya seorang shaykh (lelaki dewasa) dan seorang shaykhah (perempuan dewasa) berzina maka rejamlah ia sebagai hukuman dari Allah dan sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana”.

Sebenarnya kaedah ini sudah digunakan oleh kumpulan Syiah Rafidah untuk mengatakan Othman tidak jujur di dalam mengumpulkan al-Quran. Al-Qurtubi berhujah bahawa kenyataan Aishah di atas adalah hanya untuk menunjukkan boleh berlakunya pemansuhan ayat dan ini berlaku di dalam surah al-Ahzab. Bukan sekali ini sahaja Aishah meriwayatkan ayat pemansuhan ini tetapi beberapa kali, contohnya diriwayatkan oleh al Imam Muslim bahawa Aishah pernah berkata:

“Salah satu ayat yang diturunkan di dalam al-Wuran adalah (berhubung syarat) sepuluh kali susuan (untuk) menjadikan (seorang ibu susuan) itu sebagai mahram. Kemudian (ketetapan itu) telah dimansuhkan dengan (hanya mensyaratkan) lima kali susuan (sahaja). Maka setelah Rasulullah wafat (sebahagian mereka) masih membacanya (ayat lima kali susuan) daripada ayat al-Quran (sehinggalah tersebut juga dinasakhkan bacaannya).

Terdapat juga sarjana Islam berhujah bahawa semasa proses kompilasi Quran oleh Othman, tidak ada bantahan dari sahabat dan Aishah sendiri seperti direkodkan oleh al-Qasim ibn Sallam apabila beliau menukilkan kata2 Musa ‘ab ib Said yang menyebut: “Sesungguhnya manusia (secara umumnya tahu akan arahan Othman tentang (arahan) pengumpulan al-Quran. Mereka terkejut, namun tiada seorang pun yang mencela atau mengaibkan”.

Satu lagi kritikan daripada pihak Orientalist adalah kehilangan dua ayat terakhir dari surah al-Taubah dan satu ayat dari surah al-Ahzab. Ini berdasarkan kepada  apa yang dinukilkan oleh al-Bukhari bermaksud : “..Lalu saya berusaha mencari ayat-ayat Quran itu dan saya kumpulkan (tulisan-tulisan) pada pelepah kurma, kertas dan batu, dan dari hafalan beberapa sahabat. Sehinggalah saya dapati dua ayat dari surah al-Taubah yang saya temui melainkan bersama Khuzaymah al-Ansari (sebahagian Riwayat menyebut Abu Khuzaymah). Ayat tersebut yang berbunyi: “Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari bangsa kamu juga sampai akhir ayat, saya dapat dari Khuzaimah. (Riwayat al-Bukhari). Satu lagi Riwayat al-Bukhari adalah daripada Karijah ibn Zayd, sesungguhnya Zayd ibn Thabit berkata ”Aku menulis lembaran2 di dalam Mushaf, aku kehilangan satu ayat daripada surah al-Ahzab yang aku pernah dengar Rasulullah membacanya. Aku tidak menjumpainya melainkan dengan Khuzaymah ibn Thabit al-Ansari, yang mana Rasulullah telah menjadikan penyaksian (Khuzaymah) seperti penyaksian dua orang lelaki. Ayat tersebut adalah “minal mukminim rijala”. Kehilangan ayat al-Quran ini telah dibahaskan oleh sarjana Muslim, apa yang tidak dijumpai oleh Zayd adalah dalam bentuk tulisan sedangkan ianya sudah disimpan oleh orang yang menghafal. Memandangkan Zayd pernah mendengarnya dari Rasulullah, maka tidak timbul isu penafian

 

SUMBER:

 

Professor Yasin Dutton

Lulusan Universiti Oxford (Islamic studies)

Profesor Emeritus of Arabic in the School of Languages and Literature at University of Cape Town.

Pakar di dalam bidang Pengajian Islam dan Bahasa Arab

 

Prof Dr. Yasir Qadhi, PHD di dalam Kajian Islam, Universiti Yale.

Syaykh Talal Ahdab (https://www.youtube.com/watch?v=dbyx2c0BJnQ)

Al tabari

Al Shatibi

Abn Jaziri

 

 

7 SUMBER HADITH YANG BERWIBAWA/SAHIH

 

1.   Sahih Bukhari dikumpulkan oleh Imam Bukhari (meninggal 870 M), termasuk 7,275 hadith

2.   Sahih Muslim dikumpulkan oleh Muslim al-Hajjaj (meninggal 875 M), termasuk 9,200 hadith

3.   Sunan Abu Dawood dikumpulkan oleh Abu Dawood (meninggal 888 M), termasuk 4,800 hadith

4.   Jai al-Tirmidhi dikumpulkan oleh al-Tirmidhi (meninggal 892 M), termasuk 3,956 hadith)

5.   Sunan al-Sughra dikumpulkan oleh al-Nasaí (meninggal 915 M), termasuk 5,270 M)

6.   Sunan ibn Majah dikumpulkan oleh Ibn Majah (meninggal 887 M), lebih 4,000 hadith

7.   Muwatta Malik dikumpulkan oleh Imam Malik (meninggal 795 M) termasuk 1,720 hadith.

 


No comments:

Post a Comment