MD,MOG(UKM),FGO(S'pore),AM
Pakar Perunding Ginekologi Onkologi
Jabatan O&G
Hospital Sultanah Bahiyah
RADIKAL BEBAS, ANTIOKSIDAN DAN PROSES OKSIDASI
ANTIOKSIDAN adalah bahan yang
berkemampuan untuk mencegah dan memperlahankan proses kerosakan sel serta tisu
akibat PROSES OKSIDASI. Untuk memahami maksud OKSIDASI cuba anda lihat apa yang
berlaku apabila sebiji buah apel dibiarkan untuk beberapa hari, anda akan
dapati terdapat tompok keperangan bertukar menjadi kehitaman yang lama kelamaan
ianya akan menjadi lembut dan rosak (busuk). Kesan kehitaman inilah akibat
proses oksidasi. Proses oksidasi ini disebabkan oleh kesan bahan yang dikenali
sebagai RADIKAL BEBAS yang tidak mampu dikawal oleh antioksidan. Untuk memahami
maksud antioksidan, anda perlu mengenal apakah radikal bebas. Radikal bebas
adalah atom atau molekul yang aktif serta mempunyai caj yang berlebihan samada
disebabkan oleh kekurangan ataupun kelebihan electron di dalamnya. Apabila ini
berlaku radikal bebas ini akan menjadi sangat tidak stabil dan berkeliaran
mencari peluang supaya caj yang berlebihan itu dapat dinyahkan. Caj yang
berlebihan ini dapat dinyahkan samada dengan mengambil ataupun memberi
elektron. Jika mereka mempunyai kurang elektron, mereka akan mencari molekul
yang dapat memberi elektron kepada mereka. Dalam proses mencari elektron ini,
mereka boleh merosakkan DNA, menyerang enzim, protin dan selaput sel.
Manifestasi dari kesan ini adalah kadar proses penuaan serta kadar kematian sel
yang lebih cepat, penyakit degenerasi seperti sakit sendi, sakit salur darah,
sakit jantung, angin ahmar (stroke), katarak, penyakit kronik yang lain
termasuk penyakit kanser dan lain-lain. Radikal bebas juga dikaitkan dengan
masalah psikologi termasuk tekanan perasaan (stress) dan kemurungan. Semua
masalah kesihatan ini berlaku jika badan mengandungi kandungan radikal bebas
yang berlebihan untuk jangkamasa panjang. Contoh-contoh radikal bebas
adalah “superoxide anion”, hydroxyl radical, asid nitric dan ozone. Terdapat
banyak jenis radikal bebas samada di dalam badan anda mahupun di dalam alam sekitar
mungkin jumlahnya beribu-ribu. Di antara banyak radikal
bebas, radikal bebas yang mengandungi atom oksigen adalah yang paling aktif dan
paling berperanan di dalam badan. Ianya juga dikenali sebagai RADIKAL BEBAS
OKSIGEN (reactive oxygen species). Di antara radikal bebas beroksigen yang lain
adalah radical superoxide, radikal hidroksil, hidrogen peroksida, nitrik oksida
dan lain-lain. Radikal bebas ini terdapat di dalam badan dan juga di persekitaran.
Radikal bebas yang terdapat di dalam badan anda adalah dihasilkan oleh proses respiratori aerobik di dalam
mitokondria, proses metabolisma badan dan juga inflamasi (keradangan).
Disebabkan ianya dihasilkan oleh badan maka radikal bebas ini sebenarnya
mempunyai peranan terhadap fungsi tubuh badan anda jika kandungannya terkawal
(1,2). Ia akan menjadi mudarat hanya jika kandungannya berlebihan. Radikal
bebas yang terdapat di dalam persekitaran pula adalah terdapat di dalam
pencemaran alam sekitar, cahaya matahari, radiasi, asap rokok, alkohol dan
lain-lain. Jadi salah satu punca yang boleh menyebabkan peningkatan radikal
bebas di dalam tubuh badan manusia adalah pendedahan kepada radiasi dan juga
toksin daripada alam sekitar.
BAGAIMANA ANTIOKSIDAN BERTINDAK
Antioksidan menghalang proses
oksidasi yang boleh dilakukan oleh radikal bebas dengan cara
meneutralisasikannya. Apabila antioksidan meneutralisasikan radikal bebas, antioksidan
ini sendiri akan mengalami pengoksidanan dan menjadi tidak aktif. Badan boleh
terus menghasilkan antioksidan secara berterusan bergantung kepada keperluan.
Terdapat dua cara bagaimana antioksidan bertindak :
a. Merencat pembiakan radikal bebas. Semasa radikal bebas mengambil atau memberi elektron kepada atom atau molekul yang diserang olehnya, atom atau molekul yang kedua ini akan menjadi radikal bebas yang baru dan ia akan melakukan perkara yang sama ke atas molekul2 lain dan begitulah seterusnya sehingga terbentuk banyak radikal bebas yang “membiak“ dan “berjangkit“. Antioksidan dapat memutuskan rantaian ini dan seterusnya memberhentikan proses yang tersebut di atas jadi kerosakan yang dilakukan oleh radikal bebas ini dapat diperlahankan ataupun dihentikan. Kerosakan yang telah berlaku mungkin tidak dapat dipulihkan tetapi sekurang2nya ianya dapat terhenti setakat itu.
b. Mencegah pembentukan radikal bebas daripada peringkat awal. Antioksidan juga dapat mencegah dari berlakunya proses penyahan caj oleh molekul yang berpotensi menjadi radikal bebas dari peringkat permulaan lagi. Dengan cara ini antioksidan dapat mengurangkan kesan radikal bebas dari peringkat awal. Contoh antioksidan yang dapat melakukan pencegahan ini adalah superoxide dismutase, catalase dan glutathione peroxidase. Antioksidan juga dapat merencat pembentukan radikal bebas melalui kesan mengurangkan kepekatan molekul oksigen.
a. Merencat pembiakan radikal bebas. Semasa radikal bebas mengambil atau memberi elektron kepada atom atau molekul yang diserang olehnya, atom atau molekul yang kedua ini akan menjadi radikal bebas yang baru dan ia akan melakukan perkara yang sama ke atas molekul2 lain dan begitulah seterusnya sehingga terbentuk banyak radikal bebas yang “membiak“ dan “berjangkit“. Antioksidan dapat memutuskan rantaian ini dan seterusnya memberhentikan proses yang tersebut di atas jadi kerosakan yang dilakukan oleh radikal bebas ini dapat diperlahankan ataupun dihentikan. Kerosakan yang telah berlaku mungkin tidak dapat dipulihkan tetapi sekurang2nya ianya dapat terhenti setakat itu.
b. Mencegah pembentukan radikal bebas daripada peringkat awal. Antioksidan juga dapat mencegah dari berlakunya proses penyahan caj oleh molekul yang berpotensi menjadi radikal bebas dari peringkat permulaan lagi. Dengan cara ini antioksidan dapat mengurangkan kesan radikal bebas dari peringkat awal. Contoh antioksidan yang dapat melakukan pencegahan ini adalah superoxide dismutase, catalase dan glutathione peroxidase. Antioksidan juga dapat merencat pembentukan radikal bebas melalui kesan mengurangkan kepekatan molekul oksigen.
JENIS-JENIS ANTIOKSIDAN
Antioksidan boleh ditemui di
dalam dan di luar badan manusia. Antioksidan yang dihasilkan oleh badan anda
dikenali sebagai Endogenous antioxidants,
manakala yang diperolehi daripada luar badan anda dikenali sebagai Exogenous antioxidants. Jadi bekalan
antioksidan boleh diperolehi daripada proses fisiologi badan anda sendiri
ataupun boleh diambil daripada luar. Sumber daripada luar boleh merupakan
makanan segar seperti buah-buahan dan sayuran ataupun daripada suplemen yang
disediakan di dalam pelbagai bentuk seperti pil,kapsul, suntikan dan
sebagainya. Persoalannya adakah anda perlu mengambil antioksidan dalam bentuk
suplemen. Saya akan menjelaskan isu ini di bahagian akhir rencana ini. Berikut
adalah 3 jenis antioksidan yang dikenali dapat bertindak ke atas radikal bebas
(3):
A. Nutrin Antioksidan (Antioksidan Nutrin). Antioksidan Yang diperolehi daripada bahan nutrin penting untuk melawan radikal bebas. Setiap nutrin mempunyai ciri-ciri antioksidan yang tersendiri samada dari segi strukturnya mahupun fungsinya.
Berikut adalah beberapa contoh nutrin-nutrin yang juga merupakan antioksidan:
a. Vitamin E
b. Vitamin C
c. Beta-Karoten
d. Selenium
e. Manganese
f. Zink
B. Enzim yang merupakan antioksidan (Antioxidants Enzymes). Tiga jenis enzim yang bertindak sebagai antioksidan dan paling penting adalah:
a. Superoxide Dismutase
b. Catalase
c. Glutathione Peroxidase
d. Selenium methionine peroxidase
A. Nutrin Antioksidan (Antioksidan Nutrin). Antioksidan Yang diperolehi daripada bahan nutrin penting untuk melawan radikal bebas. Setiap nutrin mempunyai ciri-ciri antioksidan yang tersendiri samada dari segi strukturnya mahupun fungsinya.
Berikut adalah beberapa contoh nutrin-nutrin yang juga merupakan antioksidan:
a. Vitamin E
b. Vitamin C
c. Beta-Karoten
d. Selenium
e. Manganese
f. Zink
B. Enzim yang merupakan antioksidan (Antioxidants Enzymes). Tiga jenis enzim yang bertindak sebagai antioksidan dan paling penting adalah:
a. Superoxide Dismutase
b. Catalase
c. Glutathione Peroxidase
d. Selenium methionine peroxidase
ADAKAH
PENGAMBILAN ANTIOKSIDAN MEMULIHKAN KESIHATAN
Tidak dapat dinafikan bahawa
radikal bebas yang dibiarkan bermaharajalela boleh memudaratkan kesihatan anda.
Di samping itu memang tidak dapat dinafikan bahawa antioksidan berperanan
mengurangkan kesan radikal bebas ke atas badan.
Terdapat beratus-ratus kajian
pemerhatian (observational study) yang melihat kaitan antara tabiat pemakanan
dan penyakit telah menunjukkan bahawa individu yang mengambil makanan yang
tinggi kandungan antioksidan seperti buah2an dan sayuran mempunyai risiko yang
lebih rendah untuk menghidap penyakit kanser, sakit jantung, angin ahmar,
katarak, Penyakit Alzeimers dan sakit sendi. Jadi para Saintis tidak menafikan
kepentingan mengambil makanan yang tinggi kandungan antioksidan terutamanya
dari sumber makanan segar. Pertubuhan Jantung Amerika ( American Heart
Association) di dalam kenyataan resminya antara lain mengesyorkan supaya orang
ramai mengambil makanan yang seimbang dan mendapatkan sumber antioksidan dari
sumber semulajadi ataupun makanan.
Berdasarkan kepada teori, ada
yang berpendapat bahawa pengambilan antioksidan di dalam bentuk segar adalah
lebih baik kerana di samping kandungan antioksidan di dalamnya terdapat banyak
lagi nutrin, mineral dan juga serat yang boleh menyumbang kepada kesihatan
badan. Banyak kajian observational (pemerhatian) menunjukkan bahawa penambahan
buah2an dan sayuran di dalam makanan dapat mengurangkan kadar sakit saluran
darah dan jantung (kardiovaskular). Dianggarkan bahawa jika semua orang
mengambil buah-buahan dan sayuran sebanyak 600 gram sehari, beban penyakit
jantung akan berkurang sebanyak 31%, manakala penyakit angin ahmar (yang
disebabkan oleh kekurangan aliran darah) dapat dikurangkan sebanyak 19% di
seluruh dunia. (4)
Ahli Sains sepakat mengenai
kepentingan mengambil buah-buahan dan sayuran segar sebagai sumber antioksidan.
Walau bagaimanapun pengambilan antioksidan di dalam bentuk suplemen adalah
sangat kontroversial. Banyak kajian telah dilakukan untuk melihat apakah kesan
pengambilan antioksidan dalam bentuk suplemen terutamanya Beta-karoten, vitamin
E dan Vitamin C. Terdapat beberapa kajian yang besar dan banyak kajian-kajian
yang kecil mengenai kegunaan antioksidan. Hasil keputusan daripada kajian-kajian tersebut juga pelbagai tetapi
majoriti daripada kajian-kajian besar ini menunjukkan bahawa TIDAK ADA KESAN
MANFAAT yang nyata daripada amalan mengambil suplemen antioksidan. Kesan
positif hanya diperolehi daripada kajian-kajian kecil dan testimoni
semata-mata.
Kajian observational adalah
kajian yang lemah berbanding dengan “Randomized control trial” jadi kesimpulan
yang lebih tepat hanya dapat diperolehi daripada jenis kajian yang kedua ini.
Setakat ini terdapat sekurang-kurangnya 9 kajian “Randomized control trial” yang
besar mengenai kaitan di antara pengambilan suplemen makanan tambahan dan
pencegahan kanser serta beberapa jenis penyakit lain yang dijalankan di seluruh
dunia. Di antara kajian-kajian tersebut ada disebutkan di dalam rencana ini.
Sembilan kajian-kajian ini adalah seperti berikut:
1. Linxian General Population Nutrition Intervention Trial. Merupakan kajian terbesar pertama dijalankan untuk menyiasat kesan mengambil suplemen antioksidan yang mengandungi beta karoten (15 mg), alfa-tokoferol/Vitamin E (30 mg) dan selenium (50 mikrogram) selama 5 tahun. Selepas 15 tahun kajian ini dijalankan, ia menunjukkan bahawa pengambilan suplemen antioksidan ini tidak menurunkan risiko menghidap kanser terutamanya kanser perut dan kanser esofagus. (5,6)
2. ATBC (Alpha Tocopherol/Beta-Carotene Cancer Prevention Study. Kajian ini menyiasat manfaat pengambilan suplemen alfa-tokoferol dan/atau beta-karoten selama 5-8 tahun oleh lelaki yang merokok di Finland. Kajian ini menunjukkan bahawa pengambilan suplemen ini tidak menurunkan kadar kejadian kanser pundi kencing,buah pinggang, cancer esogagus, kanser mulut/tekak, kanser usus, kanser kolon dan lain-lain. Malahan pada peringkat awal kajian ini, perokok yang mengambil beta karotene sebanyak 20 mg sehari didapati mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat kanser paru-paru. (7,8,9,10,11,12,13,14)
3. CARET (Carotene and Retinol Efficacy Trial).Kajian yang dijalankan di Amerika ini menyiasat kesan pengambilan suplemen beta-karoten dan retinol (vitamin A) ke atas kadar kejadian kanser paru-paru dan lain-lain kanser. Kajian ini mengambil masa 13 tahun dan hasil kajian ini menunjukkan bahawa pengambilan suplemen yang mengandungi 15 mg beta karoten dan 25,000 IU retinol meningkatkan risiko kanser paru-paru dan meningkatkan kadar kematian akibat lain-lain kanser. Kajian lanjut menunjukkan bahawa kesan ini berpanjangan sehingga selepas 6 tahun pengambilan suplemen ini diberhentikan. Suplemen ini juga didapati tidak menurunkan risiko menghidap kanser prostat (15,16).
4. PHS I (Physicians Health Study). Kajian ini melihat kesan pengambilan suplemen beta-karoten ke atas kadar kejadian kanser dan juga kadar kematian akibat kanser oleh Pakar Perubatan warganegara Amerika. Kajian ini juga menunjukkan bahawa pengambilan suplemen mengandungi beta karoten sebanyak 50 mg setiap hari selama 12 tahun tidak mendatangkan apa-apa manfaat yang berkaitan dengan kanser (17).
5. WHS (Womens Health Study).Kajian ini menyiasat kesan pengambilan suplemen beta-karoten (50 mg setiap hari), vitamin E (600 IU sehari) dan Aspirin (100 mg sehari) terhadap kadar kejadian kanser dan penyakit jantung wanita Amerika yang berusia 45 tahun ke atas. Kajian ini menujukkan bahawa pengambilan suplemen ini tidak membawa apa-apa manfaat ke atas kesihatan wanita yang dikaji. (18,19)
6. SU.VI.MAX (Supplementation en Vitamines et Mineraux). Kajian di Perancis ke atas lelaki dan wanita yang mengambil suplemen dan mineral khususnya kesan ke atas kadar kejadian kanser dan juga penyakit jantung. Responden mengambil vitamin C (120 mg), vitamin E (30 mg), beta carotene (6 mg),selenium (100 ug) dan zink (20 mg). Kajian menunjukkan bahawa selepas 7.5 tahun , keseluruhannya tidak ada manfaat yang diperolehi daripada pengambilan ini terhadap kanser dan penyakit jantung. Walaupun manfaat pencegahan kanser dikesan ke atas kaum lelaki, ianya hanya dalam tempoh 5 tahun. Selepas daripada itu tidak ada kesan positif, malahan insiden kanser kulit termasuk melanoma didapati lebih tinggi dalam kalangan kaum wanita yang mengambil suplemen (22,23 )
7. HOPE-TOO (Heart Outcomes Prevention Evaluation-The Ongoing Outcomes Study). Kajian ini menyiasat kesan pengambilan suplemen alfa-tokofenol (400 IU) ke atas kadar kejadian kanser, kematian kanser dan juga penyakit kardiovaskular (termasuk stroke) ke atas pesakit jantung ataupun diabetes. Kajian ini menunjukkan tidak ada sebarang manfaat pengambilan suplemen alfa-tokofenol selama 7 tahun (24).
8. SELECT (Selenium and Vitamin E Cancer Prevention Trial).Kajian di Amerika ini menyiasat kesan pengambilan suplemen selenium (200 ug), vitamin E (400 IU) ataupun kedua-duanya oleh lelaki berusia lebih 50 tahun ke atas kadar kejadian kanser prostat. Selepas purata 7 tahun kajian ini, tidak terdapat kesan manfaat pengambilan suplemen ini, malahan kumpulan yang mengambil vitamin E sahaja didapati mempunyai risiko menghidap kanser prostat sebanyak 17% lebih tinggi daripada mengambil placebo (25,26)
9. PHS II (Physicians Health Study II). Kajian ini dilakukan ke atas Pakar Perubatan Amerika (lelaki) yang mengambil suplemen vitamin E (400 IU), vitamin C (500 mg) ataupun kedua-duanya di dalam menurunkan kadar kejadian kanser. Selepas 7.6 tahun, amalan ini tidak membawa apa-apa manfaat di dalam mencegah sebarang kanser (kanser prostat, kanser paru2, kanser pancreas, kanser usus besar, leukemia, limfoma dan lain-lain).(27)
1. Linxian General Population Nutrition Intervention Trial. Merupakan kajian terbesar pertama dijalankan untuk menyiasat kesan mengambil suplemen antioksidan yang mengandungi beta karoten (15 mg), alfa-tokoferol/Vitamin E (30 mg) dan selenium (50 mikrogram) selama 5 tahun. Selepas 15 tahun kajian ini dijalankan, ia menunjukkan bahawa pengambilan suplemen antioksidan ini tidak menurunkan risiko menghidap kanser terutamanya kanser perut dan kanser esofagus. (5,6)
2. ATBC (Alpha Tocopherol/Beta-Carotene Cancer Prevention Study. Kajian ini menyiasat manfaat pengambilan suplemen alfa-tokoferol dan/atau beta-karoten selama 5-8 tahun oleh lelaki yang merokok di Finland. Kajian ini menunjukkan bahawa pengambilan suplemen ini tidak menurunkan kadar kejadian kanser pundi kencing,buah pinggang, cancer esogagus, kanser mulut/tekak, kanser usus, kanser kolon dan lain-lain. Malahan pada peringkat awal kajian ini, perokok yang mengambil beta karotene sebanyak 20 mg sehari didapati mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat kanser paru-paru. (7,8,9,10,11,12,13,14)
3. CARET (Carotene and Retinol Efficacy Trial).Kajian yang dijalankan di Amerika ini menyiasat kesan pengambilan suplemen beta-karoten dan retinol (vitamin A) ke atas kadar kejadian kanser paru-paru dan lain-lain kanser. Kajian ini mengambil masa 13 tahun dan hasil kajian ini menunjukkan bahawa pengambilan suplemen yang mengandungi 15 mg beta karoten dan 25,000 IU retinol meningkatkan risiko kanser paru-paru dan meningkatkan kadar kematian akibat lain-lain kanser. Kajian lanjut menunjukkan bahawa kesan ini berpanjangan sehingga selepas 6 tahun pengambilan suplemen ini diberhentikan. Suplemen ini juga didapati tidak menurunkan risiko menghidap kanser prostat (15,16).
4. PHS I (Physicians Health Study). Kajian ini melihat kesan pengambilan suplemen beta-karoten ke atas kadar kejadian kanser dan juga kadar kematian akibat kanser oleh Pakar Perubatan warganegara Amerika. Kajian ini juga menunjukkan bahawa pengambilan suplemen mengandungi beta karoten sebanyak 50 mg setiap hari selama 12 tahun tidak mendatangkan apa-apa manfaat yang berkaitan dengan kanser (17).
5. WHS (Womens Health Study).Kajian ini menyiasat kesan pengambilan suplemen beta-karoten (50 mg setiap hari), vitamin E (600 IU sehari) dan Aspirin (100 mg sehari) terhadap kadar kejadian kanser dan penyakit jantung wanita Amerika yang berusia 45 tahun ke atas. Kajian ini menujukkan bahawa pengambilan suplemen ini tidak membawa apa-apa manfaat ke atas kesihatan wanita yang dikaji. (18,19)
6. SU.VI.MAX (Supplementation en Vitamines et Mineraux). Kajian di Perancis ke atas lelaki dan wanita yang mengambil suplemen dan mineral khususnya kesan ke atas kadar kejadian kanser dan juga penyakit jantung. Responden mengambil vitamin C (120 mg), vitamin E (30 mg), beta carotene (6 mg),selenium (100 ug) dan zink (20 mg). Kajian menunjukkan bahawa selepas 7.5 tahun , keseluruhannya tidak ada manfaat yang diperolehi daripada pengambilan ini terhadap kanser dan penyakit jantung. Walaupun manfaat pencegahan kanser dikesan ke atas kaum lelaki, ianya hanya dalam tempoh 5 tahun. Selepas daripada itu tidak ada kesan positif, malahan insiden kanser kulit termasuk melanoma didapati lebih tinggi dalam kalangan kaum wanita yang mengambil suplemen (22,23 )
7. HOPE-TOO (Heart Outcomes Prevention Evaluation-The Ongoing Outcomes Study). Kajian ini menyiasat kesan pengambilan suplemen alfa-tokofenol (400 IU) ke atas kadar kejadian kanser, kematian kanser dan juga penyakit kardiovaskular (termasuk stroke) ke atas pesakit jantung ataupun diabetes. Kajian ini menunjukkan tidak ada sebarang manfaat pengambilan suplemen alfa-tokofenol selama 7 tahun (24).
8. SELECT (Selenium and Vitamin E Cancer Prevention Trial).Kajian di Amerika ini menyiasat kesan pengambilan suplemen selenium (200 ug), vitamin E (400 IU) ataupun kedua-duanya oleh lelaki berusia lebih 50 tahun ke atas kadar kejadian kanser prostat. Selepas purata 7 tahun kajian ini, tidak terdapat kesan manfaat pengambilan suplemen ini, malahan kumpulan yang mengambil vitamin E sahaja didapati mempunyai risiko menghidap kanser prostat sebanyak 17% lebih tinggi daripada mengambil placebo (25,26)
9. PHS II (Physicians Health Study II). Kajian ini dilakukan ke atas Pakar Perubatan Amerika (lelaki) yang mengambil suplemen vitamin E (400 IU), vitamin C (500 mg) ataupun kedua-duanya di dalam menurunkan kadar kejadian kanser. Selepas 7.6 tahun, amalan ini tidak membawa apa-apa manfaat di dalam mencegah sebarang kanser (kanser prostat, kanser paru2, kanser pancreas, kanser usus besar, leukemia, limfoma dan lain-lain).(27)
Kesimpulan daripada 9 kajian
berkualiti ini telah menunjukkan bahawa tidak ada bukti kukuh bahawa
pengambilan suplemen antioksidan dapat mencegah kanser dan juga mengurangkan
kadar kematian akibat kanser. Ianya juga tidak menunjukkan sebarang manfaat ke
atas kadar kematian akibat penyakit jantung. Keputusan yang sama juga
diperolehi melalui systemic review yang telah dijalankan oleh USPSTF ke atas
peranan amalan mengambil suplemen vitamin dan mineral untuk mencegah kanser
(28). Terdapat banyak lagi kajian “randomized controlled trials’ yang telah
dijalankan tetapi melibatkan bilangan subjek yang lebih kecil daripada 9 kajian
di atas, kajian-kajian yang lain ini akan dikumpulkan untuk tujuan metaanalisis,
contohnya seperti yang dilakukan oleh Myung SK et al (31). Metanalisis
(metaanalysis) ini akan dibincangkan kemudian.
ADAKAH
RADIKAL BEBAS BERMANFAAT
Di bahagian awal rencana ini ada
disebutkan tentang radikal bebas dan kesan negatif yang diakibatkan oleh bahan
ini. Sebenarnya radikal bebas juga dihasilkan oleh badan anda dan apabila ianya
dihasilkan oleh badan maka tentu ada manfaatnya. Anda akan mendapat mudarat
jika badan anda mengeluarkan radikal bebas yang terlalu banyak ataupun anda
terdedah kepada radikal bebas yang berlebihan daripada alam sekitar. Pada masa
dahulu, ahli sains berpendapat bahawa semua radikal bebas ini tidak membawa
apa-apa manfaat kepada tubuh badan manusia. Hari ini ramai ahli sains percaya
bahawa badan memerlukan radikal bebas pada kuantiti yang tertentu untuk memastikan
fisiologi badan berjalan secara normal dan seimbang. Ahli sains percaya bahawa
di dalam kuantiti yang optima, radikal bebas berfungsi sebagai bahan yang
memberi amaran awal kepada badan untuk bertindak ke atas ancaman kesihatan.
Apabila badan terdedah kepada stress, system saraf autonomik akan diransang dan
salah satu daripadanya adalah ransangan reseptor beta adrenergic yang
kemudiannya akan menyebabkan otot jantung mengecut dengan lebih kuat dan
meningkatkan bekalan darah. Kajian juga menunjukkan bahawa ransangan reseptor
yang sama akan menyebabkan mitokondria di dalam sel menghasilkan radikal bebas
yang lebih banyak dan ini menyumbang kepada kesan pengecutan otot jantung yang
lebih baik. Apabila ahli sains mendedahkan sel kepada antioksidan, kesan
ransangan reseptor di otot jantung ini didapati berkurangan dan ini adalah
sesuatu yang tidak baik kepada badan(29).
Di antara radikal bebas yang dihasilkan oleh banyak sel badan
anda adalah hidrogen peroksida yang dihasilkan oleh tindakbalas enzim
superoxide dismutase dan ianya dikatakan boleh meransang sel darah putih.
Setengah organisma yang ada di dalam tubuh badan anda yang dikenali sebagai
normal flora menghasilkan peroksida ini untuk membunuh organisma lain yang
mengancam kesihatan seperti bakteria dan kulat. Sel darah putih seperti sel NK
(Natural Killer cells) juga boleh menghasilkan peroksida untuk boleh membunuh
bakteria dan juga sel-sel kanser. Sel badan yang normal mengandungi antioksidan
yang mencukupi untuk mencegah kerosakan akibat daripada radikal bebas (sel-sel
normal lebih kebal), walau bagaimanapun sel-sel yang tidak sihat dan sel-sel
kanser tidak mempunyai antioksidan yang mencukupi jadi sel-sel ini lebih mudah
dimusnahkan oleh radikal bebas.
Dari penjelasan di atas adalah jelas bahawa radikal bebas
dapat berperanan di dalam memusnahkan sel-sel yang tidak sihat dan sel-sel
kanser di dalam badan anda. Jadi radikal bebas disamping boleh memudaratkan
sel-sel normal, pada waktu yang sama ianya juga boleh memusnahkan sel-sel yang
tidak normal, pendek kata ada mudarat dan ada manfaatnya. Ramai ahli-ahli sains
tidak menafikan bahawa radikal bebas di dalam kuantiti tertentu mempunyai
manfaat kepada badan manusia. Jika badan anda menghasilkan radikal bebas dan
pada waktu yang sama badan anda juga mempunyai antioksidan yang dianggap
sebagai penawar semulajadi, maka ini bermaksud sudah ada keseimbangan di antara
kedua-dua bahan ini untuk memastikan fungsi fisiologi di dalam badan anda
berjalan dengan betul. Malahan ada ahli sains percaya bahawa radikal bebas berperanan
memberi amaran kepada sel (“cell signaling”) supaya sel dapat menghasilkan
antioksidan semulajadi bagi menurunkan kandungan mereka dan badan dapat dicegah
daripada kesan negatif radikal bebas (30). Persoalannya apakah yang berlaku
jika keseimbangan kandungan radikal bebas ini diganggu contohnya oleh
pengambilan antioksidan yang berlebihan terutamanya di dalam bentuk suplemen.
Isu ini akan dibincang di dalam bab seterusnya.
ADAKAH
MUDARAT MENGAMBIL ANTIOKSIDAN
Kajian metanalysis yang
dijalankan oleh Myung SK et al ke atas lebih 3000 rencana dan memilih lebih
kurang 20 kajian “randomized controlled trials” yang melibatkan lebih 160,000
subjek mendapati bahawa pengambilan suplemen antioksidan tidak mencegah kanser
(pencegahan primer) ataupun memanjangkan hayat pesakit kanser (pencegahan
sekunder). Malahan analisa beberapa kajian telah melapurkan bahawa kumpulan
yang mengamalkan suplemen antioksidan mempunyai risiko menghidap kanser pundi
kencing yang lebih tinggi daripada yang tidak mengamalkan suplemen antioksidan.
(31)
Myung SK et al pula membuat
systematic review dan meta-analysis ke atas “randomized controlled trial”
(RCTs) berkaitan dengan amalan mengambil vitamin dan suplemen antioksidan ke
atas pencegahan penyakit saluran darah dan
jantung (kardiovascular). Di dalam analisis ini, sebanyak 50 RCTs telah
terpilih melibatkan 294,478 orang.
Analisis ini telah mendapati bahawa amalan mengambil vitamin dan suplemen
antioksidan tidak menurunkan kadar penyakit saluran darah dan jantung. Malahan
terdapat bukti bahawa pengambilan vitamin dan suplemen antioksidan ini
meningkatkan risiko sakit dada yang dikenali sebagai “angina pectoris”. (32)
Hasil daripada kajian-kajian
besar di atas sangat membimbangkan kerana disamping ahli sains mendapati TIDAK
ADA MANFAAT mengambil antioksidan di dalam bentuk suplemen, terdapat pula bukti
ianya mungkin boleh memudaratkan kesihatan. Adakah ini disebabkan oleh
berlakunya ketidakseimbangan di antara kandungan radikal bebas dan antioksidan
di dalam badan manusia akibat daripada mengambil antioksidan yang berlebihan?
Ahli Sains percaya bahawa di
dalam badan manusia kedua-dua bahan antioksidan dan radikal bebas mempunyai
peranan ke atas fisiologi badan. Antioksidan adalah salah satu bahan yang boleh
melakukan reduksi (“reduction”) ke atas bahan lain termasuk radikal bebas
tetapi pada waktu yang sama, radikal bebas pula boleh mengoksidasi bahan lain
termasuk antioksidan itu sendiri kerana kedua-dua molekul ini berinteraksi di
antara satu sama lain. Di dalam badan anda, berlaku keseimbangan di antara
bahan yang bersifat “reductive” dan bahan yang bersifat “oxidative”. Kedua-dua
bahan ini mempunyai manfaat dan berada di dalam keseimbangan jika badan anda
normal dan sihat. Tetapi jika kandungan bahan “reductive” lebih tinggi daripada
“oxidative”, maka keadaan ini dinamakan TEKANAN REDUKTIF (“reductive stress”)
dan jika sebaliknya pula ianya dikenali sebagai TEKANAN OKSIDATIF (“oxidative
stress”). Ahli sains percaya pengambilan antioksidan yang berlebihan boleh
menyebabkan tekanan reduktif dan mereka percaya ini mungkin salah satu punca
berlakunya peningkatan risiko menghidap penyakit jantung, kanser dan kematian.(33, 34,35).
Ahli Sains juga percaya bahawa senaman boleh
meransang penghasilan radikal bebas tetapi jika senaman dilakukan secara tetap
dan berpanjangan ia membawa manfaat kepada kesihatan badan, disebabkan oleh
mekanisma yang dikenali sebagai “upregulation”. Hasil daripada ransangan
radikal bebas ini, sel-sel di dalam badan akan meningkatkan penghasilan
antioksidan semulajadi masing-masing dan akhirnya akan mengembalikan
keseimbangan dan kesihatan badan (36,37,38). Ransangan radikal bebas semasa
senaman juga dipercayai boleh meningkatkan sensitivity insulin dan mengawal
penyakit diabetes. Pengambilan suplemen antioksidan vitamin C dan E dikatakan
boleh merencat kesan manfaat radikal bebas ini dan mungkin boleh menghalang
kesan senaman ke atas pengurangan gula di dalam darah (39).
Kajian ke atas haiwan menunjukkan bahawa suplemen
antioksidan boleh meransang kanser kulit yang dikenali sebagai “malignant
melanoma”. Pemberian salah satu antioksidan yang dikenali sebagai
N-acetylcystein dan vitamin E kepada tikus yang menghidap malignant melanoma
menyebabkan kanser itu menjadi lebih ganas dan merebak ke nodus limpa. Walaupun
ini adalah kajian terhadap haiwan, keputusan ini tidak boleh diambil ringan dan
tentu membimbangkan ahli sains serta pengamal perubatan. (40). Kajian lain ke
atas haiwan dan lapisan sel kanser paru-paru manusia (human lung cancer
cell-lines) juga menunjukkan potensi suplemen antioksidan (suplemen
N-acetycystein dan/atau vitamin E) meransang sel kanser ke atas pengidap kanser
paru-paru (41). Wang et al mengkaji kesan sejenis ubat untuk
merawat diabetes yang mempunyai ciri-ciri antioksidan, di antaranya adalah
saxagliptin dan sitagliptin. Mereka juga mengkaji satu lagi jenis suplemen
antioksidan yang diambil untuk tujuan merawat kerosakan saraf akibat diabetes
(diabetic neuropathy) iaitu Asid Alfa-Lipoik (Alpha-lipoic acid). Kajian makmal
terhadap haiwan ini juga menunjukkan bahawa bahan-bahan ini dapat meningkatkan
keganasan kanser yang sudah dihidapi. Walau bagaimanapun ubat-ubat ini
dipercayai tidak meningkatkan kadar kejadian kanser dalam kalangan orang yang sihat.
Ahli Sains menyarankan kepada pesakit diabetes yang menghidap kanser supaya
berhati-hati apabila mengambil ubat dan suplemen ini (42). Terdapat lapuran pesakit yang menghidap diabetes
dan kanser yang dikenali sebagai “Carcinoid Tumour” yang diberi ubat merawat diabetes
iaitu saxaglipin. Penyakit kanser individu tersebut telah dapat dikawal
sehingga apabila beliau mengambil saxaglipin. Apabila mengambil ubat ini,
kandungan “tumour marker” telah meningkat dengan mendadak. Apabila ubat ini
diberhentikan, didapati kandungan tumour marker tersebut menurun. Walaupun kes
ini terpencil namun penemuan ini perlu diambil perhatian dan adalah wajar ahli
sains memberi amaran kepada pengamal perubatan supaya cuba untuk tidak
menggunakan ubat ini ke atas pesakit diabetes yang menghidap kanser. (43)
Bjelakovic et al telah juga melakukan “systematic
review” ke atas 78 RTCs berkaitan dengan amalan pengambilan suplemen
antioksidan termasuk selenium, beta-carotene, vitamin C, vitamin A dan vitamin
E. Hasil penilaian ini mendapati tidak ada manfaat yang diperolehi oleh
pengamal, sebaliknya kadar kematian pula meningkat (44,45).
KESIMPULAN
Tubuh badan manusia berupaya untuk menghasilkan
antioksidan dan pada waktu yang sama melalui proses metabolism badan serta
keradangan, sel badan juga menghasilkan radikal bebas. Antioksidan berfungsi
meneutralisasi kesan radikal bebas yang berlebihan di dalam badan. Radikal
bebas boleh juga diperolehi daripada alam sekitar termasuk radiasi. Radikal
bebas yang berlebihan boleh menyebabkan pelbagai jenis penyakit termasuk
mempercepatkan proses penuaan. Walaubagaimana pun kebelakangan ini Ahli Sains
telah mendapati bahawa radikal bebas mempunyai peranan di dalam proses
fisiologi badan di mana ianya boleh menghapuskan sel-sel yang rosak serta
mematikan organisma-organisma yang masuk ke dalam badan manusia. Di samping
itu, radikal bebas ini juga didapati boleh menjadi amaran awal kepada badan
bagi menghasilkan lebih antioksidan secara semulajadi. Badan perlu mempunyai
keseimbangan di antara bahan reduksi dan bahan oksidasi dan kedua-dua
antioksidan serta radikal bebas mewakili kedua-dua bahan ini. Jika salah satu
daripadanya berlebihan, ia akan memudaratkan kesihatan badan dan boleh
mendedahkan badan kepada pelbagai jenis penyakit. Antioksidan boleh diambil
daripada sumber makanan segar seperti buah-buahan dan sayuran, ia juga boleh
didapati di dalam bentuk suplemen. Majoriti ahli Sains dan Pakar Perubatan
bersetuju bahawa pengambilan antioksidan di dalam bentuk makanan segar
mempunyai banyak manfaat terhadap kesihatan badan kerana di samping mengandungi
antioksidan, makanan segar ini juga mengandungi lain-lain nutrin, mineral dan
serat. Sehingga ke hari ini belum ada bukti kukuh bahawa pengambilan
antioksidan di dalam bentuk suplemen dapat mencegah penyakit kronik (penyakit
kardiovaskular dan kanser) dan mengurangkan kadar kematian akibat penyakit
tersebut. Malahan Ahli Sains mula mempercayai bahawa perlu ada keseimbangan di
antara bahan reduktif dan oksidatif di dalam badan dan jika salah satu
daripadanya berlebihan maka akibatnya adalah gangguan kesihatan kepada tubuh
badan. Pengambilan antioksidan di dalam bentuk suplemen boleh menyebabkan
gangguan keseimbangan ini di mana kandungan bahan reduktif di dalam badan
melebihi bahan oksidatif dan menyebabkan apa yang dinamakan “reductive stress”.
Ini dibuktikan oleh hasil kajian yang dilakukan oleh ahli sains di mana
pengambilan antioksidan di dalam bentuk suplemen bukan sahaja tidak
mendatangkan manfaat kepada badan sebaliknya boleh menyebabkan timbulnya masalah
kesihatan termasuk menyebabkan kanser yang dihidapi menjadi lebih agresif dan
risiko penyakit kardiovaskular. Kesimpulannya antioksidan tidak semestinya baik
untuk tubuh badan dan radikal bebas tidak semestinya buruk untuk kesihatan, apa
yang diperlukan adalah keseimbangan kedua-duanya jika fungsi fisiologi badan
hendak dikekalkan pada tahap yang normal. Setakat ini belum ada bukti kukuh
bahawa pengambilan suplemen antioksidan memberi manfaat kepada manusia samada
mencegah penyakit ataupun merawat penyakit. Untuk mendapatkan kesihatan optima,
amalkan makanan seimbang, ambil banyak sayuran serta buahan, lakukan senaman
secara tetap, dapatkan berat badan yang ideal, lakukan ujian saringan dan
elakkan gayahidup tidak sihat seperti merokok, meminum alcohol dan stress.
RUJUKAN
1.
Diplock AT, Charleux JL, Crozier-Willi G, et al.
Functional food science and defence against reactive oxygen species. British
Journal of Nutrition 1998; 80(Suppl 1):S77-S112
2.
Valko M, Leibfritz D, Moncol J, et al. Free
radicals and antioxidants in normal physiological functions and human disease. International
Journal of Biochemistry & Cell Biology 2007; 39(1):44-84.
3.
Huang D, Ou B, Prior RL. The
chemistry behind antioxidant Capaicty Assay. J Agric Food Chem,
2005;53:1841-1856
4.
Lock K, Pomerleau J, Causer L, et al. The global
burden of disease attributable to low consumption of fruit and vegetables:
implications for the global strategy on diet. Bull World Health Organ,
2005;83:100-8
5.
Blot WJ, Li JY, Taylor PR, et al. Nutrition
intervention trials in Linxian, China: supplementation with specific
vitamin/mineral combinations, cancer incidence, and disease-specific mortality
in the general population. Journal of the National Cancer Institute
1993;85:1483–91
6.
Qiao YL, Dawsey SM, Kamangar F, et al. Total and
cancer mortality after supplementation with vitamins and minerals: follow-up of
the Linxian General Population Nutrition Intervention Trial. Journal of the
National Cancer Institute 2009;101(7):507-518
7.
The Alpha-Tocopherol, Beta Carotene Cancer
Prevention Study Group. The effects of vitamin E and beta carotene on the
incidence of lung cancer and other cancers in male smokers. New ngland
Journal of Medicine 1994;330:1029–35
8.
Bouayed J, Bohn T. Exogenous
antioxidants—double-edged swords in cellular redoc state: health beneficial
effects at physiologic doses versus deleterious effects at high doses. Oxidative
Medicine and Cellular Longevity 2010; 3(4): 228-237
9.
Davis CD, Tsuji PA, Milner JA. Selenoproteins and
Cancer Prevention. Annual Review of Nutrition 2012; 32:73-95
10.
Patterson RE, White E, Kristal AR, et al. Vitamin
supplements and cancer risk: the epidemiologic evidence. Cancer Causes and
Control 1997; 8(5):786-802
11.
Rautalahti MT, Virtamo JR, Taylor PR, et al. The
effects of supplementation with alpha-tocopherol and beta-carotene on the
incidence and mortality of carcinoma of the pancreas in a randomized,
controlled trial. Cancer 1999; 86(1):37-42
12.
Virtamo J, Edwards BK, Virtanen M, et al. Effects
of supplemental alpha-tocopherol and beta-carotene on urinary tract cancer:
incidence and mortality in a controlled trial (Finland). Cancer Causes and
Control 2000;11(10):933-939
13.
Albanes D, Malila N, Taylor PR, et al. Effects of
supplemental alpha-tocopherol and beta-carotene on colorectal cancer. Cancer
Causes and Control 2000; 11(3):197-205
14.
Wright ME, Virtamo J, Hartman AM, et al. Effects of
alpha-tocopherol and beta-carotene supplementation on upper aerodigestive tract
cancers in a large, randomized controlled trial. Cancer 2007;
109(5):891-898
15.
Omenn GS, Goodman GE, Thornquist MD, et al. Effects
of a combination of beta carotene and vitamin A on lung cancer and
cardiovascular disease. New England Journal of Medicine
1996;334(18):1150-1155
16.
Goodman GE, Thornquist MD, Balmes J, et al. The
Beta-Carotene and Retinol Efficacy Trial: incidence of lung cancer and
cardiovascular disease mortality during 6-year follow-up after stopping
beta-carotene and retinol supplements. Journal of the National Cancer
Institute 2004;96(23):1743-1750
17.
Hennekens CH, Buring JE, Manson JE, Stampfer M,
Rosner B, Cook NR, et al. Lack of effect of long-term supplementation with beta
carotene on the incidence of malignant neoplasms and cardiovascular disease. New
England Journal of Medicine 1996;334:1145–9
18.
Lee IM, Cook NR, Manson JE. Beta-carotene
supplementation and incidence of cancer and cardiovascular disease: Women’s
Health Study. Journal of the National Cancer Institute 1999;91:2102–6
19.
Lee IM, Cook NR, Gaziano JM, et al. Vitamin E in
the primary prevention of cardiovascular disease and cancer: the Women's Health
Study: a randomized controlled trial. JAMA 2005;294(1):56-65
20.
Hercberg S, Galan P, Preziosi P, et al. The
SU.VI.MAX Study: a randomized, placebo-controlled trial of the health effects
of antioxidant vitamins and minerals. Archives of Internal Medicine
2004;164(21):2335-2342
21.
Hercberg S, Ezzedine K, Guinot C, et al.
Antioxidant supplementation increases the risk of skin cancers in women but not
in men. Journal of Nutrition 2007;137(9):2098-2105.
22.
Hercberg S, Kesse-Guyot E, Druesne-Pecollo N, et
al. Incidence of cancers, ischemic cardiovascular diseases and mortality during
5-year follow-up after stopping antioxidant vitamins and minerals supplements:
a postintervention follow-up in the SU.VI.MAX Study. International Journal
of Cancer 2010;127(8):1875-1881
23.
Ezzedine K, Latreille J, Kesse-Guyot E, et al.
Incidence of skin cancers during 5-year follow-up after stopping antioxidant
vitamins and mineral supplementation. European Journal of Cancer
2010;46(18):3316-3322
24.
Lonn E, Bosch J, Yusuf S, et al. Effects of long-term
vitamin E supplementation on cardiovascular events and cancer: a randomized
controlled trial. JAMA 2005;293(11):1338-1347
25.
Lippman SM, Klein EA, Goodman PJ, et al. Effect of
selenium and vitamin E on risk of prostate cancer and other cancers: the Selenium
and Vitamin E Cancer Prevention Trial (SELECT). JAMA 2009;301(1):39-51
26.
Klein EA, Thompson IM, Tangen CM, et al. Vitamin E
and the risk of prostate cancer: the Selenium and Vitamin E Cancer Prevention
Trial (SELECT). JAMA 2011;306(14):1549-1556
27.
Gaziano JM, Glynn RJ, Christen WG, et al. Vitamins
E and C in the prevention of prostate and total cancer in men: the Physicians'
Health Study II randomized controlled trial. JAMA 2009;301(1):52-62
28.
Fortmann SP, Burda BU, Senger CA, et al. Vitamin
and mineral supplements in the primary prevention of cardiovascular disease and
cancer: an updated systematic evidence review for the U.S. Preventive Services
Task Force. Annals of Internal Medicine 2013
29.
Andersson DC, Fauconnier J, Yamada T et al. Mitochondrial production of reactive oxygen
species contributes to the beta-adrenergic stimulation of mouse cardiomycytes.
The
Journal of Physiology, 28
February 2011 DOI: 10.1113/jphysiol.2010.202838
30.
Gutteridge, J. (1985).
Superoxide dismutase inhibits the superoxide-driven Fenton reaction at two
different levels: Implications for a wider protective role. FEBS letters,
185(1), 19-23, http://www.molecularhydrogenfoundation.org/core-information/free-radicals-the-positive-negative-effects-on-health/
31.
Myung SK, Kim Y, Choi HJ, Bae WK. Effects of
antioxidant supplements on cancer prevention: meta-analysis of randomized
controlled trials. Annal Oncol, 2010; 21(1):166-179).
32.
Myung SK, Ju W, Cho B, et al. Efficacy of vitamin
and antioxidant supplements in preventions of cardiovascular disease:
systematic review and meta-analysis of randomized controlled trials. BMJ, 2013;346:f10doi:10.1136/bmj.f10
33.
Lonn,
E., Bosch, J., Yusuf, S., Sheridan, P., Pogue, J., Arnold, J. M., ... &
Dagenais, G. R. Effects of long-term vitamin E supplementation on
cardiovascular events and cancer: a randomized controlled trial. JAMA: the
journal of the American Medical Association,2005; 293(11), 1338
34.
Klein,
E. A., Thompson Jr, I. M., Tangen, C. M., Crowley, J. J., Lucia, M. S.,
Goodman, P. J., ... & Baker, L. H. (2011). Vitamin E and the risk of
prostate cancer. JAMA: the journal of the American Medical Association,
306(14), 1549-1556.
35.
Miller
3rd, E. R., Pastor-Barriuso, R., Dalal, D., Riemersma, R. A., Appel, L. J.,
& Guallar, E. Meta-analysis: high-dosage vitamin E supplementation may
increase all-cause mortality. Annals of internal medicine, 2005;142(1), 37
36.
Alessio,
H. M., Hagerman, A. E., Fulkerson, B. K., Ambrose, J. E. S. S. I. C. A., Rice,
R. E., & Wiley, R. L. Generation of reactive oxygen species after
exhaustive aerobic and isometric exercise. Medicine and science in sports and
exercise,2000; 32(9), 1576.
37.
Elward,
K., & Larson, E. B. (1992). Benefits of exercise for older adults. A review
of existing evidence and current recommendations for the general population.
Clinics in geriatric medicine, 8(1), 35
38.
Powers,
S. K., Ji, L. L., & Leeuwenburgh, C. H. R. I. S. T. I. A. A. N. (1999).
Exercise training-induced alterations in skeletal muscle antioxidant capacity:
a brief review. Medicine and science in sports and exercise, 31(7), 987.
39.
Ristow, M., Zarse, K.,
Oberbach, A., Klöting, N., Birringer, M., Kiehntopf, M.,& Blüher, M.
(2009). Antioxidants prevent health-promoting effects of physical exercise in
humans. Proceedings of the National Academy of Sciences, 106(21), 8665-8670
40.
Gal
KL, Ibrahim MX, Wiel C, et al. Antioxidants can increase melanoma metastasis in
mice. Science Translational Medicine, 2015;308 (7):308
41.
Sayin
VI, Ibrahim MZ, Larsson E, et al. Antioxidants accelerate lung cancer
progression in mice. Sci Transl Med, 2014;6(221):221ra15. Doi:
10.1126/scitranslmed.3007653
42.
Wang H, Liu X, Long M, et al. NRF2 activation by antioxidant
antidiabetic agents accelerates tumor metastasis. Science Translational Medicine 13 Apr 2016:Vol. 8, Issue 334, pp. 334ra51
DOI: 10.1126/scitranslmed.aad6095)
DOI: 10.1126/scitranslmed.aad6095)
43.
Pech V, Abusaada K, Alemany C. Dipeptidyl Peptidase-4 Inhibition May
Stimulate Progression of Carcinoid Tumor. Case Rep Endocrinol, 2015:
:952019. doi: 10.1155/2015/952019.
44.
Bjelakovic G, Gluud C.
Surviving antioxidant supplements. J Natl Cancer Inst, 2007;99(10):742-3
45.
Bjelakovic G, Nikolova
D, Gluud LL, Simonetti RG, Gluud C. Antioxidant supplement for prevention of
mortality in healty participants and patients with various diseases. Cochrane
Database Syst Rev, 2012, Mach 14;3:CD007176
46.
Neuhouser ML, Barnett MJ, Kristal AR, et al.
Dietary supplement use and prostate cancer risk in the Carotene and Retinol
Efficacy Trial. Cancer Epidemiology, Biomarkers & Prevention
2009;18(8):2202-2206
47.
Seifirad S, Ghaffari A, Amoli MM. The antioxidants
dilemma: are they potentially immunosuppressants and carcinogen? Front Physiol,
2014;5:245.
Assalamualaikum/salam sejahtera. Nak tanya bagaimana dgn product curcumin keluaran Sabinsa Corp yg dikatakan bagus utk pelbagai penyakit dgn company background. Mohon pencerahan
ReplyDelete*dgn company background yg bgus dlm R&D in Health Science
Delete