Dato' Dr.Mohd Rushdan Md Noor
Isu
merotan murid adalah isu yang sering tenggelam timbul di dalam masyarakat kita
hari ini. Merotan adalah salah satu bentuk hukuman yang sering digunakan oleh
guru dan ibubapa. Apakah batas hukuman ini supaya ianya menjadi hukuman yang
dapat mendidik anak-anak dan murid-murid. Saya dapati apabila berlaku insiden
merotan murid-murid yang dipaparkan di dada-dada akhbar, pelbagai reaksi orang awam.
Ada yang menyokong dan ada juga yang membantah. Dalam kalangan yang menyokong
pula, mereka berpendapat bahawa anak-anak pada hari ini sangat sukar dikawal
dan tidak ada pilihan lain melainkan dengan merotan. Ramai orang awam sendiri memberi
reaksi dengan mengatakan “ aku dulupun pernah kena rotan, disebabkan oleh rotan
inilah, aku berjaya seperti sekarang”. Manakala yang menentang hukuman merotan
pula mungkin memberi alasan bahawa merotan patut dihapuskan kerana ianya
memberi kesan fizikal dan memalukan pelajar atau anak-anak. Saya berpendapat,
di dalam menangani isu merotan sebagai satu bentuk hukuman, ada tiga perkara yang perlu
dipertimbangkan iaitu:
1. Merotan
dari sudut undang-undang dan peraturan sekolah/kementerian pendidikan
2.
Merotan
dari sudut ajaran agama Islam (dan agama lain)
3.
Merotan
dari sudut perubatan dan kesihatan
MEROTAN DARI SUDUT PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG
Anda boleh
merujuk pekeliling Kementerian Pendidikan Malaysia mengenai peraturan dan undang-undang merotan murid sekolah di sini (PERATURAN MEROTAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA)
MEROTAN DARI SUDUT AGAMA ISLAM
Manakala
merotan dari perspektif agama Islam pula, anda boleh merujuk pautan-pautan di bawah (klik untuk membaca):
4. ROTAN
Banyak lagi pautan-pautan mengenai isu merotan yang anda boleh dapatkan di dalam buku ataupun internet.
MEROTAN DARI ASPEK KESIHATAN
Untuk
ruangan yang terhad ini, saya hanya ingin menyentuh sedikit mengenai merotan
dari aspek kesihatan. Dari perspektif kesihatan/perubatan mungkin perlu
dibahagikan kpd kesan fizikal dan psikologikal/emosi. Bagi kesan emosi dan
psikologi, ianya dibincangkan di dalam rencana-rencana mengenai merotan
mengikut ajaran Islam. Kesan fizikal yang akan dialami oleh penerima hukuman
bergantung kepada kekuatan merotan, saiz rotan dan bahagian anggota badan yang
dirotan.
Berikut
adalah panduan mengenai kemungkinan berlakukan masalah kecederaan serius jika
merotan dilakukan pada bahagian berkenaan (klik di sini untuk rujukan):
1.
Bahagian
pinggang di mana letaknya ginjal/buah pinggang. Buah pinggang adalah organ yang
agak dekat kedudukannya dengan dinding badan.
2.
Leher
di mana terdapat banyak struktur penting seperti tulang belakang leher
(cervical spine) yang membekalkan saraf untuk anggota atas badan, salur darah
besar seperti arteri carotid, superior venacava, salur pernafasan trakea,
kelenjar tiroid dan lain-lain.
3.
Bahagian
tulang belakang yang terdiri dari tulang spina, saraf tunjang dan saraf-saraf
yang keluar darinya.
4.
Bahagian
muka mempunyai banyak anggota penting seperti mata, telinga, bibir, tulang dan
lain-lain
5.
Bahagian
sendi samada di siku ataupun lutut kerana di sini terdapat ligament, saraf dan
sendi yang boleh tercedera.
Di
dalam gambar 1 yg disiarkan di bawah, kesan rotan adalah agak serius dan
berkemungkinan meninggalkan parut. Bahagian badan yang dirotan juga adalah
pinggang yang berdekatan dengan organ buah pinggang. Manakala di dalam gambar 2 pula, rotan dikenakan pada bahagian hampir keseluruhan belakang badan dan di bahagian ini terdapat banyak organ-organ yang boleh tercedera.
Bahagian yg sesuai dirotan
adalah pada tapak tangan atau bahagian punggung yg berlapik supaya tidak
memberi kesan mengelupas pada kulit. Kekuatan pukulan juga adalah penting
supaya ianya tidak menyebabkan parut kerana hukuman ini bukan untuk menghukum
penjenayah berat seperti yang dilakukan di penjara, tetapi hukuman yang
bertujuan untuk mendidik anak-anak ini demi kebaikan masa depan mereka. Apa
sahaja bentuk hukuman yg diberikan hendaklah dilakukan dgn tujuan mendidik dan
bukan mendera. Saya menyeru kepada semua terutama guru-guru supaya apabila
ingin menghukum anak-anak ataupun murid-murid, pastikan anda telah merujuk 3 aspek
penting yang saya nyatakan di atas iaitu dari aspek undang-undang, aspek
pendidikan agama islam dan juga kesihatan. Manakala ibubapa pula, di dalam
mendidik anak, lakukanlah seperti mana yang diajar oleh agama kita di samping
faham mengenai kaedah merotan atau memukul supaya tidak meninggalkan kesan
fizikal kepada anak-anak. Ibubapa juga perlu lebih terbuka dan berbaik sangka
dengan guru-guru yang merotan murid-murid berdasarkan kepada
peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh pihak Kementerian.
Gambar 1
Gambar 2
Pendapat yang terkandung di dalam rencana ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak mewakili mana-mana institusi ataupun pertubuhan.
No comments:
Post a Comment