Untuk memastikan sesuatu proses
kelahiran itu berakhir dengan ibu dan anak yang sihat, proses kelahiran
tersebut hendaklah dikendalikan oleh petugas yang terlatih ataupun
bidan terlatih di dalam persekitaran yg kondusif. Apakah yang
dimaksudkan dengan bidan terlatih?. Bidan terlatih merujuk kpd petugas
kesihatan yg layak untuk mengendalikan kelahiran seseorang ibu yg hamil
sehingga proses kelahiran itu dianggap selamat. Mereka juga layak utk
membuat pemeriksaan dan memberi nasihat kesihatan kpd ibu hamil , ibu yg sakit hendak bersalin dan ibu yg di dlm pantang.
Terdapat dua kategori jururawat yg layak untuk mengendalikan wanita yg
hamil, menyambut kelahiran dan perawatan semasa pantang (mereka juga
layak mengendalikan anak yang baru lahir):
1. JURURAWAT TERLATIH (belang topi/tudung bewarna biru di fasiliti KKM). Jururawat terlatih (JT) perlu menamatkan kursus diploma kejururawatan selama 3 tahun. Kemudian untuk layak mengendalikan kehamilan dan kelahiran ibu, JT ini perlu melanjutkan pelajaran/latihan selama 1 tahun di dlm bidang perbidanan ("midwifery"). Latihan selama 1 tahun ini juga dikenali sebagai Posbasik Kebidanan . Mereka memakai topi/tudung berbelang biru. Hanya JT yg lulus postbasik kebidanan sahaja yg layak utk menjadi bidan terlatih.JT mempunyai bidang tugas yg lebih luas daripada Jururawat Masyarakat.
2. JURURAWAT MASYARAKAT/JM (belang bewarna unggu pd topi/tudung bagi petugas di fasiliti KKM). Mereka mengikuti latihan selama 2 tahun 6 bulan kursus kejururawatan dan latihan kebidanan telah diserapkan ke dlm program ini. Semua JM adalah dianggap petugas yang layak menyambut kelahiran anak.
Kedua-dua jururawat di atas perlu berdaftar dgn Lembaga Bidan Malaysia selepas tamat latihan dan akan diberi kad yg tercatit maklumat peribadi, tarikh pendaftaran dan nombor pendaftaran. Jururawat yg TIDAK memiliki kad Lembaga Bidan Malaysia ini tidak layak mengendalikan kehamilan, kelahiran dan rawatan semasa pantang. Pendaftaran ini adalah di bawah akta Bidan 1966 (Akta 436) yang mensyaratkan bahawa selain daripada doktor, hanya anggota kesihatan yang berdaftar dengan Lembaga Bidan Malaysia sahaja boleh mengendalikan kelahiran.
DOULA pula hanyalah berperanan menemani ibu2 hamil semasa proses kelahiran utk memberi sokongan emosi dan fizikal kpd ibu2 bagi melancarkan proses kelahiran. Doula yg TIDAK mempunyai kelulusan di atas TIDAK layak utk memberi nasihat kesihatan, apatah lagi mengendalikan wanita hamil, wanita yg sakit hendak bersalin dan wanita di dlm pantang. Melahirkan anak di rumah atau mana2 fasiliti tanpa memenuhi syarat yang dibenarkan dan tanpa kehadiran bidan terlatih adalah dianggap KELAHIRAN YANG TIDAK SELAMAT.
Dato' Dr.Mohd Rushdan Md Noor
Pakar Perunding Kanan O&G
13 hb Feb 2018

No comments:
Post a Comment