Mungkin
ramai yang tidak tahu bahawa ada orang mengunyah dan menghisap kiub ais sebagai
satu bentuk ketagihan. Keadaan ini dinamakan Pagophagia, ia dianggap salah satu
keadaan obses.
Orang yang
ketagihan ais mungkin pada asalnya mempunyai alasan tertentu untuk mengunyah
dan menghisap kiub ais (ice cube), di antaranya adalah:
1. Individu yang mengalami kekurangan
zat besi. Beberapa kajian menunjukkan bahawa individu yang mengambil cukup zat
besi (8-18 mg zat besi sehari) jarang mengalami pagophagia. Orang yang kekurangan
zat besi mengalami keradangan lidah dan ais dapat mengurangkan keradangan ini. Kajian
juga menunjukkan bahawa apabila kekurangan zat besi dirawat, katagihan ais akan
pulih.
2. Ada orang yang berusaha mengurangkan
berat badan dengan cara mengunyah ais kerana dengan melakukan perkara ini,
mereka kurang mengambil lain-lain makanan.
3. Mengunyah dan menghisap ais boleh
mengurangkan gejala loya melalui kesan kesejukan manakala menghidap kiub ais
mungkin boleh mengurangkan gejala muntah dan kembong perut. Ini dapat dimanfaat
kan oleh pesakit kanser yang mengalami loya dan muntah akibat ubat kemoterapi.
Menghisap kiub ais juga boleh membekalkan air ke dalam badan.
4. Mengunyah dan menghisap ais juga
boleh membantu mengurangkan gejala loya dan muntah yang dialami oleh wanita
yang hamil. Ada juga wanita hamil yang ketagih ais semasa hamil iaitu salah
satu tabiat mengidam benda2 yang pelik ataupun pica.
5. Seseorang yang bosan dan tertekan
mungkin memilih untuk mengunyah ais sebagai kaedah mengurangkan masalah
psikologi tersebut. Lama kelamaan mereka akan ketagih ais ataupun mengalami
pagophagia.
KESAN SAMPINGAN PAGOPHAGIA
Mengunyah
dan menghisap ais tidak mempunyai apa-apa kesan negatif ke atas organ-organ
badan ataupun menyebabkan apa-apa jenis penyakit serius. Walau bagaimanapun
apabila ianya menjadi tabiat dan obsesi, tentu ada masalah sampingan yang boleh
dialami. Terdapat sekurang-kurangnya 4 kesan sampingan akibat mengunyah dan
menghisap ais:
1. Mengunyah dan menghisap ais secara
berpanjangan boleh memberi tekanan kepada gigi dan gusi anda. Ia boleh
menipiskan lapisan enamel dan juga menyebabkan gigi berlubang dan pecah.
Apabila anda melakukan rawatan gigi seperti “fillings” dan “crowns”, ais yang
anda kunyah boleh menjejaskan rawatan gigi ini. Bahagian kiub ais yang tajam
juga boleh mencederakan mulut, gusi dan lidah.
2. Anda berisiko tersedak kiub ais
masuk ke dalam paru-paru (choking)
3. Seperti yang dinyatakan di atas,
salah satu sebab seseorang itu ketagih kiub ais adalah supaya ia dapat
mengurangkan pengambilan makanan. Ini jika berlaku dalam masa yang panjang
boleh menyebabkan kekurangan zat makanan ataupun malnutrisi.
4. Tabiat mengunyah dan menghisap ais
yang kerap dan dilakukan di mana-mana sahaja ini dianggap sebagai tabiat buruk.
Mengunyah ais akan mengeluarkan bunyi yang mengganggu orang sekeliling dan
kepada orang lain ianya dianggap satu tabiat yang pelik.
Mengambil
air ais dalam kuantiti yang sederhana tidak memudaratkan badan. Kepercayaan
bahawa meminum air ais menyebabkan pelbagai penyakit lelaki dan wanita adalah
tidak benar sama sekali. Malahan ais boleh digunakan untuk mengurangkan banyak
gejala-gejala seperti bengkak, kesakitan, keradangan, loya dan muntah.
RUJUKAN
1. Mack,
S., “What are the Benefits of Chewing Ice Cubes?” Livestrong, October 3, 2017;
2. “Is It Bad for You to Eat Ice?” Healthline;
2. “Is It Bad for You to Eat Ice?” Healthline;
3. K.,N.,
“Does Eating Ice Help You Lose Weight?” Livestrong, October 3, 2017;
4. “Foods
That Fight Nausea,” The Science of Eating;
5. Simpson,
E., et al., “Pica during pregnancy in low-income women born in Mexico,” Western
Journal of Medicine, July 2000, 173(1); February 28, 2018.
6. Feiereisen, S., “9 Reasons You Need To Stop Chewing Ice ASAP,” Reader’s Digest; February 28, 2018.
7. Lerner, E., “Penn research chips away at icy medical mystery”, Penn Current;
9. “Why is chewing ice bad for your teeth?” DentalPlans.com, June 23, 2014;
6. Feiereisen, S., “9 Reasons You Need To Stop Chewing Ice ASAP,” Reader’s Digest; February 28, 2018.
7. Lerner, E., “Penn research chips away at icy medical mystery”, Penn Current;
9. “Why is chewing ice bad for your teeth?” DentalPlans.com, June 23, 2014;
Dato' Dr.Mohd Rushdan Md Noor
Hospital Sultanah Bahiyah
No comments:
Post a Comment