Dato' Dr.Mohd Rushdan Md Noor
Otak
manusia memiliki "natural inteligence" (NI) ataupun kebijaksanaan
semulajadi. Otak manusia mampu menganalisa maklumat yg diterima (melalui
deria penglihatan, pendengaran dll), memproses dan kemudian
menyelesaikan masalah ataupun menghasilkan output. Contohnya seorang
guru matematik bertanya apakah jawapan 3 dicampurkan dengan 8, otak
anak murid perlu memahami soalan dan kemudian mencari jawapan iaitu 11,
kemudian ia mampu pula untuk
mengekpresikan jawapan itu dengan menulis ataupun mengeluarkan suara
menyebut perkataan sebelas. Kesemua proses ini adalah hasil keupayaan
NI. Ini adalah contoh yang mudah dan di dalam kehidupan manusia terlalu
banyak perkara yang melibatkan penyelesaian masalah daripada sekecil2
perkara hinggalah kepada yang sangat kompleks. Kesemuanya untuk mencari
solusi memenuhi keperluan hidup. Walau bagaimanapun kemampuan otak
manusia dan NI yang dimiliki adalah terhad.
Dengan bantuan komputer, manusia hari ini sudah berupaya mencipta "otak" yang lebih cekap dan lebih bijak untuk menyelesaikan masalah2 yang kompleks dan sukar yang tidak mampu dilakukan oleh NI. Otak buatan yang lebih cekap ini memiliki AI. AI mengambil aleh NI untuk menyelesaikan masalah2 yang sukar dan ini akan membantu menyelesaikan masalah dengan lebih tepat dalam jangkamasa yang lebih singkat. Jadi manusia menggunakan NI untuk menghasilkan AI yang lebih pintar daripada mereka. AI yang merupakan software komputer ini digabungkan dengan mesin untuk meniru apa yang dilakukan oleh manusia di dalam menyelesaikan masalah. AI berupaya memahami arahan, menyelesaikan masalah, menterjemah bahasa dan lain-lain lagi. Pendek kata aplikasi AI boleh digunakan dalam apa sahaja bidang. Robot yang boleh faham arahan dan boleh melaksanakan arahan itu adalah satu daripada banyak contoh2 aplikasi AI di dalam kehidupan manusia.
Kedua2 NI dan AI perlu bekerjasama untuk lengkap melengkapi bagi membantu manusia memenuhi keperluan hidup mereka. Mungkinkah satu hari nanti AI tidak memerlukan NI apabila mereka boleh menghasilkan diri mereka sendiri? Inilah masa depan teknologi yang sedang dikembangkan dan bakal menjadi sebahagian daripada kehidupan manusia di masa hadapan. Tidak dapat di bayangkan bagamanakah agaknya keadaan hidup manusia 100 dan 1000 tahun akan datang, jika dunia belum kiamat. Tidak hairanlah mengapa manusia adalah salah satu ciptaan yang sangat hebat refleksi kepada kehebatan Penciptanya.
Dato' Dr. Mohd Rushdan Md Noor
26hb Nov 2018
ayo segera bergabung dengan kami hanya dengan minimal deposit 20.000
ReplyDeletedapatkan bonus rollingan dana refferal ditunggu apa lagi
segera bergabung dengan kami di i*o*n*n*q*q