Kemalangan udara sebenarnya bukan ancaman yang
besar kepada pengguna kerana jika dibandingkan dengan menaiki kenderaan awam
yang lain, menaiki kapalterbang sebenarnya adalah paling selamat. Mengikut
kajian, risiko sebarang kemalangan udara adalah kurang daripada 1 di dalam
300,000 penerbangan manakala risiko kemalangan udara yang menyebabkan kematian
adalah 1 di dalam 3 juta penerbangan. Jika dibandingkan dengan pengangkutan awam, risiko kematian akibat menonggang motosikal adalah 3000 kali lebih tinggi jika dibandingkan dengan menaiki kapalterbang. Manakala risiko mati akibat kemalangan memandu kereta dan trak adalah 100 kali ganda dan 2 kali ganda jika menaiki keretapi berbanding dengan menaiki kapalterbang.
Menggunakan kapalterbang mempunyai masalahnya yang tersendiri dan risiko menghadapi masalah ini bergantung kepada kekerapan menggunakan kapalterbang. Risiko terhadap individu yang jarang-jarang menggunakan kapalterbang (occasional travellers) tentu lebih rendah berbanding dengan petugas kabin, pilot dan individu yang sering menggunakan kapalterbang.
Menggunakan kapalterbang mempunyai masalahnya yang tersendiri dan risiko menghadapi masalah ini bergantung kepada kekerapan menggunakan kapalterbang. Risiko terhadap individu yang jarang-jarang menggunakan kapalterbang (occasional travellers) tentu lebih rendah berbanding dengan petugas kabin, pilot dan individu yang sering menggunakan kapalterbang.
Terdapat 5 risiko menaiki kapalterbang yang mungkin
orang ramai tidak sedar. Berikut adalah risiko-risiko tersebut:
- Menyebarkan jangkitan penyakit berjangkit. Disebabkan oleh kesesakan dan penumpang yang terdiri daripada pelbagai golongan dan negara-negara yang berbeza, penyakit berjangkit mudah disebarkan dari satu tempat ke tempat yang lain. Individu juga mudah dijangkiti penyakit berjangkit kerana kesesakan di lapangan terbang dan juga di dalam kabin kapalterbang. Seseorang mempunyai risiko dijangkiti penyakit selesema sebanyak 100 kali lebih tinggi berbanding dengan orang biasa. Penyakit merbahaya daripada satu benua boleh dibawa ke benua lain sehingga boleh menyebabkan pandemic di sesuatu benua. Melakukan perancangan teliti sebelum mengembara adalah penting. Ketahui mengenai status penyakit berjangkit negara-negara yang hendak dilawati dan dapatkan nasihat doktor. Pencegahan seperti mengambil vaksin, melindungi diri daripada terdedah kepada organisma penyebab, pengambilan ubat pencegah jangkitan dan lain-lain langkah dapat mengurangkan risiko jangkitan.
- Risiko darah beku di saluran darah kaki. Keadaan ini dinamakan deep vein thrombosis (DVT) di mana saluran vena di kaki tersumbat akibat pengumpulan darah beku. Darah beku ini terjadi akibat daripada kurang pergerakan kaki yang dibiar berdiri lama di tempat duduk. Otot-otot kaki yang mengecut akan membantu mengembalikan darah daripada kaki ke jantung, tetapi jika otot-otot ini dibiarkan berehat terlalu lama, maka mekanisma pengempam darah balik ke jantung akan terjejas. Akibat daripada masalah ini, aliran darah menjadi perlahan dan darah beku terbentuk. Darah beku ini boleh terlepas dan pergi ke paru-paru mengakibatkan pulmonary embolism. Pulmonary embolism boleh menyebabkan kematian. DVT lebih kerap berlaku ke atas penumpang yang gemuk, kurang meminum air dan hamil. Penumpang boleh mengurangkan risiko DVT dengan melakukan senaman kaki yang tetap, mengambil air yang cukup dan boleh menggunakan stokin khas untuk mencegah DVT. Sila dapatkan nasihat doktor jika anda mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat DVT dan hamil sebelum menaiki kapalterbang.
- Pencemaran bunyi dan gangguan pendengaran. Penumpang kapalterbang terdedah kepada bunyi bising terutamanya bunyi yang datang daripada enjin kapalterbang. Tempat duduk di belakang adalah kawasan yang paling bising kerana berdekatan dengan enjin. Di katakan kesan bunyi daripada perbualan biasa adalah sebanyak 60 desibel, bunyi yang datang daripada kelab malam pula adalah sebanyak 100 desibel, manakala tempat duduk belakang kapalterbang boleh menerima kesan bunyi sehingga 85-100 desibel. Had pendedahan selamat kesan bunyi adalah 85 desibel selama 8 jam ataupun 88 desibel selama 4 jam. Walau bagaimanapun kesan bunyi ini adalah minima ke atas individu yang menggunakan kapalterbang sebagai pengangkutan yang sekali sekali sekala. Kesan ini lebih bermakna ke atas pilot, petugas kabin dan juga pengembara yang sering menggunakan pengangkutan ini untuk mengembara.
- Jet lag adalah gangguan tidur akibat daripada perubahan zon waktu yang berlaku secara pantas. Badan anda telah mempunyai jam biologi yang menentukan waktu jaga dan tidur. Apabila berlaku perubahan zon waktu yang mendadak, badan anda tidak mampu untuk mengubah jam biologi sehingga waktu siang di zon yang baru dianggap malam dan ini menyebabkan anda mengalami masalah tidur. Jika berlaku secara kerap ia boleh menyebabkan tekanan perasaan dan lain-lain masalah psikologi termasuk kemurungan dan psikotik. Anda boleh membuat penyesuaian tingkahlaku sebelum , semasa dan selepas melakukan perjalanan udara bagi mengurangkan kesan jet lag ini. Di antaranya adalah (1) Memilih jadual penerbangan yang boleh sampai di destinasi pada awal petang sehingga pukul 10 malam waktu setempat, (2) Semasa berlepas, tukar waktu di jam tangan anda dengan zon waktu tempat destinasi, (3) Elakkan mengambil alcohol ataupun kafein sekurang-kurangnya 3-4 jam sebelum masuk tidur kerana kedua2nya adalah peransang dan mencegah tidur, (4) Semasa sampai di destinasi, elakkan mengambil makanan yang berat (biskut dan cokolat adalah OK), (5) Elakkan melakukan senaman berat sebelum ataupun berhampiran dengan waktu tidur, (6) Menggunakan earplugs dan penutup mata untuk mengurangkan kesan bunyi dan cahaya semasa tidur, (7) Cuba keluar ke bawah sinaran matahari jika mampu kerana cahaya matahari adalah peransang yang kuat untuk mengawal jam biologi anda (tinglal di dalam bilik boleh membuat jet lag anda lebih teruk)
- Terdedah kepada Sinaran Kosmik. Semasa di udara tinggi di angkasa, anda terdedah kepada pelbagai jenis sinaran yang datangnya daripada angkasa lepas yang berupa bendasing bertenaga kebanyakannya adalah zarah proton. Lagi lama anda mengembara menaiki kapalterbang, lagi tinggi pendedahan kepada sinaran kosmik ini. Contohnya jika anda menaiki kapalterbang daripada Washington DC ke Beijing, dikatakan anda berkemungkinan untuk terdedah kepada sinaran kosmik ini sebanyak 100 microsievert iaitu bersamaan dengan dos satu ujian X-Ray dada. Petugas kabin dan pilot adalah golongan yang lebih berisiko tinggi untuk terdedah kepada sinaran kosmik ini. Walaupun ada lapuran peningkatan risiko menghidap kanser payudara dalam kalangan petugas kabin, Belem ada cukup bukti yang ianya akibat daripada pendedahan kepada sinaran kosmik. Bagi penumpang yang tidak menggunakan kapalterbang terlalu kerap, mereka tidak perlu khuatir kerana risiko ini adalah sangat rendah. Tidak ada cara untuk mencegah diri daripada terkena sinaran kosmik kerana ianya tidak dapat dilihat dan tidak ada kaedah untuk menangkis sinaran ini.
Walaupun 5 masalah
kesihatan ini boleh dialami oleh penumpang kapalterbang, risikonya adalah
rendah terutamanya ke atas individu yang menggunakan kapalterbang secara sekali
sekala (ocasional travellers) seperti kebanyakan kita.
Dato' Dr.Mohd Rushdan Md Noor
Hospital Sultanah Bahiyah
No comments:
Post a Comment