Tuesday, August 15, 2017

BAGAIMANA KANSER BOLEH TERJADI

Proses kejadian kanser sangat kompleks sebab itu satu tajuk ini saja boleh ditulis dlm sebuah buku yg tebal.

Untuk org awam saya boleh ringkaskan begini:

1. Terdapat lebih 150 jenis kanser

2. Setiap jenis kanser walaupun sama tetapi boleh mempunyai sifat berbeza ke atas org yg berbeza.

3. Kanser boleh bermula daripada mana2 sel badan.

4. Asalnya kanser adalah daripada sel yg normal.

5. Sel yg normal menjalani proses pembiakan dan kematian. Kadar pembiakan dan kematian dipastikan seimbang oleh badan.

6. Terdapat faktor yg memastikan keseimbangan ini iaitu faktor perencat ("tumour suppresor") dan faktor peransang ("proto-oncogene"). Kedua2 faktor ini berasal dari baka/gene yg terdapat dalam DNA iaitu molekul yg berbentuk spiral terletak dlm nukleus sel.

7. Apabila baka faktor perencat dan/atau peransang ini rosak, proses keseimbangan akan terganggu dan sel membiak di luar kawalan. Proses kerosakan baka ini dinamakan mutasi. Kejadian mutasi berlaku sepanjang masa tetapi badan kita yg sihat dpt memperbaikinya. Hanya individu tertentu sahaja yg hilang kemampuan ini dan mereka inilah yg nantinya akan menghidap kanser.

8. Proses perubahan dpd sel normal kpd sel kanser berlaku selepas terjadinya mutasi yg berulang2 dan dlm byk peringkat. Proses yg sgt kompleks. Kadar kejadian mutasi meningkat dgn usia sebab itu umumnya org tua lebih mudah dpt kanser.

9. Mutasi baka/gene ini boleh disebabkan oleh faktor dalaman dan faktor luaran. Faktor yg menyebabkan mutasi yg datang dari luar dinamakan karsinogen.

10. Banyak jenis faktor penyebab mutasi, 30% daripadanya adalah faktor dalaman yg tidak dapat dikawal oleh manusia, manakala 70% lagi adalah faktor luaran.

11. Contoh faktor luaran adalah asap rokok, sinar UV dari matahari, bahan kimia penyebab kanser, jangkitan virus/bakteria, toksin, radiasi dan lain2. 30% daripada faktor luaran ini adalah dpd asap rokok. Faktor berbeza menyebabkan kanser yg berbeza, contoh jangkitan virus HPV menyebabkan kanser pangkal rahim.

12. Semua org tidak boleh elak dari terdedah kpd karsinogen tetapi badan mereka dan gaya hidup mereka boleh membantu mengurangkan risiko kanser. Tajuk ini panjang.

13. Mutasi bahan baka boleh juga diturunkan kpd anak2 dan menyebabkan anak2 kita mempunyai risiko utk dpt kanser. Kanser jenis ini dinamakan Kanser Keturunan (" Hereditary Cancer Syndrome"). Tetapi hanya 10% sahaja kanser manusia dpd jenis ini, 90% lagi akan dihidapi oleh sesiapa sahaja. Jadi jgn salahkan keturunan kalau menghidap kanser. Kanser juga tidak boleh berjangkit, jadi jgn menjauhi pesakit kanser kerana takut dijangkiti.

14. Disebabkan oleh pengetahuan yg masih terhad mengenai kanser dan proses kejadiannya yg tepat, hanya 30% sahaja kanser yg boleh dicegah, 30-40% lagi boleh dirawat dan bakinya tidak boleh dicegah dan sukar dirawat. Jadi kita jgn mudah terpedaya dgn dakwaan ada ubat atau vitamin ajaib yg boleh cegah semua jenis kanser.


Dato' Dr.Mohd Rushdan Md Noor
Pakar Perunding Ginekologi Onkologi
Hosp Sultanah Bahiyah.

No comments:

Post a Comment