Penyakit begok (mump)
disebabkan oleh jangkitan virus (paramyxovirus). Penyakit begok ataupun
mump tidak boleh diambil ringan kerana dua sebab iaitu (1) Ia sangat
mudah berjangkit dan (2) walaupun jarang, ia boleh menyebabkan
komplikasi lain yang serius. Di samping berlaku keradangan kelenjar air
liur parotid (pada dagu), jangkitan virus mump ini juga boleh
menyebabkan:
a. Keradangan testis (biji zakar) lelaki, jika serius boleh menyebabkan KEMANDULAN.
b. Keradangan ovari wanita menyebabkan kemandulan dan MENOPAUS pramatang.
c. Keradangan dan kerosakan saraf pendengaran menyebabkan PEKAK
d Ibu hamil yang dijangkiti virus mump juga boleh menjangkiti anak di dalam kandungan menyebabkan KEGUGURAN.
e. Keradangan otak dan selaput otak, boleh menyebabkan KEMATIAN.
f. Keradangan pankreas ("pancreatitis")
Tidak ada rawatan khusus untuk merawat jangkitan virus mump, maksudnya tidak ada ubat antiviral yang berkesan membunuh virus ini. Jadi pencegahan adalah kaedah terbaik untuk dilakukan.
Vaksin mencegah jangkitan virus mump terkandung di dalam vaksin MMR yang diberikan kepada anak2 berusia 9 dan 12 bulan. Orang yang menerima vaksin masih boleh dijangkiti virus mump tetapi jangkitan tidak menyebabkan komplikasi serius berbanding dengan individu yang tidak menerima vaksin. Seseorang juga boleh menjadi kebal jika pernah dijangkiti oleh virus ini dahulu. Tetapi golongan kedua ini mungkin sudah mengalami salah satu komplikasi yang disebutkan di atas. Jadi langkah terbaik yang patut dilakukan adalah mengambil vaksin MMR untuk mencegah jangkitan virus mump dan penyakit beguk.
DDr Rushdan Noor
26hb Okt 2018
No comments:
Post a Comment